Glosari

  • Above The Market

    Order yang dijual melebihi harga belian pada pasaran. Contohnya, anda membeli 100 unit saham berharga 1usd/unit dan anda menjual semula pada harga 1.5usd/unit.

  • Accomodation Trading

    Aktiviti perdagangan yang tidak sah di mana 1 pedagang mengakomodasi yang lain dengan memasukkan order pada harga yang tidak kompetitif. Aktiviti ini dilakukan sebagai salah satu bentuk penggubalan wang haram.

  • Account

    Account/Akaun merupakan 1 buku yang berisi transaksi perdagangan. Secara am, pedagang dapat melihat modal, ekuiti, margin dan sejarah transaksi di dalam akaun perdagangan anda.

  • Account Balance

    Account Balance ataupun baki akaun merupakan jumlah baki wang di dalam akaun dagangan anda.

  • Account Statement

    Account Statement merupakan 1 laporan yang mengandungi maklumat dagangan anda seperti matawang dagangan, keuntungan, kerugian, risiko akaun dan tempoh laporan.

  • Analisis Fundamental

    Analisis ini dijalankan dengan menganalisis harga aset di pasaran kewangan berdasarkan data ekonomi dan berita-berita yang menjadi pusat perhatian pelabur-pelabur seperti politik dan geopolitik.

  • Antipodeans

    Di Hemisfera Utara, "Antipodes" boleh digunakan untuk merujuk kepada Australia dan New Zealand, dan Antipodeans kepada penduduknya.

  • Ask Price

    Harga yang ditawarkan dalam penjualan sesuatu benda atau disebut Offer. Dalam perdagangan Forex, ianya harga di mana anda sebagai Trader akan membeli matawang dasar. Contoh, anda membeli EUR/USD pada harga 1.1100/1.1104, maka 1.1104 adalah Ask Price.

  • Average Directional Index

    Singkatan dari Average Directional Index Movement. Sebuah indikator teknikal untuk mengetahui seberapa kuat atau lemah tren pergerakan harga yang sedang berlangsung di pasaran, serta bila kemungkinan suatu tren akan berubah. Indikator ini diperkenalkan oleh Welles Wilder, dan terdiri dari 3 komponen:

    1. ADX yang menunjukkan kekuatan trend

    2. +DI, Directional Index untuk Uptrend

    3. -DI, Directional Index untuk Downtrend

  • Averaging

    Tindakan trader menambah posisi dagangan baru ketika sudah mempunyai posisi yang sedang positif, juga dikenali sebagai Anti-Martingale. Dengan cara ini, pedagang berharap untuk mendapatkan keuntungan yang lebih banyak dengan risiko yang lebih kecil. Ia tidak hanya digunakan di pasaran Forex, Teknik Averaging juga sering digunakan pada pasaran saham.

  • Back Office

    Bahagian di dalam broker yang bertugas bagi memproses hal-hal mengenai transaksi kewangan termasuk mengurus pencatatan dan pembayaran pada klien.

  • Bail Out

    Bermaksud jaminan atau pinjaman dana yang diberikan pada sesuatu perniagaan atau institusi yang hampir bankrup.

  • Balance of Payment (BoP)

    Data ekonomi yang merangkumi jumlah dana masuk dan keluar di sesebuah negara dalam suatu tempoh seperti Imbangan Perdagangan(Trade Balance) dan Akaun Semasa(Current Account).

  • Balance of Sheet (BoS)

    Laporan mengenai kewangan sesebuah perniagaan di penghujung tempoh. Terdapat 3 perkara penting di dalam Balance of Sheet iaitu Aset, Liabiliti, dan Modal.

  • Base Currency

    Base Currency ataupun mata wang dasar biasanya terletak di depan dalam simbol kuota yang dipamerkan pada platform trading forex. Contohnya, USDJPY, maka base currency adalah USD.

  • Bearish

    Bearish adalah istilah bagi harga yang bergerak turun atau melemah secara terus menerus dalam sesuatu tempoh waktu tertentu. Secara khusus, istilah Bearish dalam forex juga disebut sebagai Downtrend.

    Apabila Base Currency dalam suatu pasangan matawang melemah sedangkan Quote Currency menguat, maka ia dinyatakan sebagai Bearish. Contohnya, USDJPY sedang bearish, bermaksud matawang USD sedang melemah manakala lawannya JPY menguat.

  • Bid Price

    Bid Price merupakan harga permintaan atas suatu aset kewangan. Dalam perdagangan forex, ia merupakan harga di mana trader akan menjual matawang dasar. Bid adalah harga trader menjual kepada dealer, manakala Offer adalah harga trader membeli daripada dealer. Dalam hal ini, harga Bid selalu lebih rendah dari harga Offer.

  • Black Swan

    Black Swan adalah metafora yang digunakan untuk menyebut peristiwa-peristiwa yang terjadi secara tiba-tiba serta mempunyai kesan yang besar.

  • Bollinger Band

    Salah satu indikator teknikal bersifat overlay pada platform trading. Bollinger Bands merupakan hasil pengembangan dari Moving Average. Garis tengah pada Bollinger Bands adalah Simple MA 20, manakala garis atas(Upper Band) dan garis bawah(Lower Band) adalah deviasi dari garis tengah tersebut.

  • Bon

    Bon merupakan surat hutang, suatu perjanjian untuk membayar suatu jumlah wang tertentu pada suatu tempoh tertentu dan disertakan bunga pinjaman berdasarkan suku bunga tertentu yang telah ditentukan pada awal perjanjian.

  • Breakout

    Breakout adalah istilah di mana harga menembus keluar dari kawasan harga berlegar pada aset yang diperdagangkan selama beberapa tempoh masa. Breakout dalam forex pada dasarnya adalah penembusan harga dari level penting seperti harga tertinggi(Higher high) atau terendah(Lower low) pada zon support & resistance / supply & demand.

  • Brexit

    Brexit berasal daripada gabungan perkataan "Britain" dan "Exit". Ia merujuk pada peristiwa Britain untuk keluar daripada Kesatuan Eropah. Pada Khamis 23 Jun 2016, penduduk UK mengikuti Referendum dengan hasil 51.9% setuju mengenai pelaksanaan Brexit.

    Pada pandangan jangka masa panjang, para ekonomi meramalkan bahawa Brexit akan membawa kesan buruk bagi ekonomi Britain. Salah 1 alasan utamanya adalah penurunan tingkat pendapatan berkapita. Selain itu, permasalahan mengenai tarif import serta batas negara juga mendukung Brexit terpecah kepada 2 iaitu "Hard Brexit" dan "Soft Brexit".

  • Broker Forex

    Broker Forex boleh dispesifikasikan sebagai 1 institusi kewangan yang berperanan untuk mempertemukan antara pihak penjual(seller) dan pembeli(buyer). Secara khusus, tugas broker adalah menghubungkan trader dan pasaran interbank untuk transaksi pasangan tukaran matawang asing (FOREX).

  • Budget

    Budget ataupun bajet adalah anggaran. Pada sesebuah negara, istilah Budget merujuk kepada anggaran penerimaan dan belanja negara. Budget adalah rancangan kewangan untuk tempoh masa tertentu setiap 1 tahun.

  • Bullish

    Bullish adalah istilah bagi menunjukkan harga pasaran terus menaik dalam tempoh masa tertentu. Jika dilihat pada carta, pasaran Bullish menunjukkan Uptrend dan menunjukkan isyarat kuasa membeli.

    Pasaran bullish boleh dikaitkan dengan faktor-faktor fundamental Base Currency sedang menguat atau melalui sentimen dan berita. Jika pasaran bullish terjadi daripada faktor fundamental ekonomi sesuatu negara tersebut, maka kuasa membelinya akan lebih lama berbanding hanya disebabkan oleh sentimen atau berita.

  • Buy Limit

    Buy Limit adalah meletakkan order buy di bawah harga pasar semasa. Strategi buy limit digunakan dengan harapan harga akan melantun setelah menyentuh titik resistance tertentu.

  • Candlestick

    Candlestick merupakan salah satu jenis grafik harga pada carta untuk membaca pergerakan harga di pasaran kewangan secara teknikal. Grafik candlestick diasaskan oleh Munehisa Honma berasal dari Jepun pada abad ke-17, lalu disebarkan oleh Steve Nison pada tahun 1900an.

    Terdapat beberapa elemen penting yang perlu dilihat pada candlestick iaitu :

    - Harga Pembukaan (Open)

    - Harga Tertinggi (High)

    - Harga Terendah (Low)

    - Harga Penutupan (Close)

  • Carry Trade

    Cara trade adalah cara di mana keuntungan daripada selisih kadar pinjaman antara 2 matawang yang diperdagangkan daripada perubahan nilai tukaran. Sebagai contoh, seorang pelabur meminjam wang dari negara yang mempunyai kadar pinjaman yang rendah lalu melabur ke negara yang mempunyai nilai kadar yang lebih tinggi.

  • Ceiling Price

    Ceiling price merupakan anggaran batasan teratas terhadap pergerakan harga pasaran. Ia biasa digunakan bagi menganggarkan harga pada pasaran komoditi, forex, dan saham.

  • Central Bank

    Kebenaran yang diberikan kepada sebuah institusi oleh kerajaan di sesebuah negara bagi menggubal dasar monetari dan menstabilkan pasaran kewangan di negara tersebut. Contohnya, Bank Negara Malaysia(BNM), Bank of Japan(BoJ), Bank of Engdland(BoE).

    Antara peranan Central Bank:

    - Menentukan kadar faedah

    - Mengawal nilai matawang

  • CFD

    CFD adalah singkatan dari Contract For Difference iaitu kontrak derivatif dalam tempoh pasaran perdagangan daripada instrumen kewangan seperti saham, komoditi, forex, dan sebagainya.

  • Chart

    Chart atau carta adalah grafik yang menunjukkan pergerakan harga suatu aset kewangan. Carta pada forex mempamerkan data penting iaitu harga pembukaan(Open), harga tertinggi(High), harga terendah(Low), harga penutup(Close).

    Terdapat 3 jenis carta dalam platform perdagangan iaitu:

    - Carta Garisan/Line Chart

    - Carta Batang/Bar Chart

    - Carta Lilin/Candlestick Chart

  • Close Position

    Menutup transaksi yang sedang dibuka dalam trading walaupun berada dalam keadaan keuntungan atau kerugian.

  • CPI

    Laporan indeks harga pengguna mencerminkan perubahan bulanan harga barang dan perkhidmatan yang dibeli oleh pengguna.

    Pelabur melihat data ini adalah penting kerana inflasi merupakan salah satu data tumpuan oleh bank pusat sebelum membuat keputusan dasar monetari. Ini bermakna segala perubahan yang ketara boleh mengubah tindakan bank pusat terhadap polisi monetari mereka.

  • Cross Currency Pair

    Perdagangan antara pasangan mata wang utama bukan A.S seperti EURGBP, GBPJPY, AUDCAD.

  • Crowding Out

    Pengaruh anggaran defisit pada nilai tukaran mata wang. Sewaktu anggaran deficit, akan menyebabkan peningkatan pada suku bunga, pelaburan sektor swasta berkurang, eksport berkurang, maka nilai tukaran mata wang sesebuah negara turut akan melemah pada jangka masa panjang.

  • Crude Inventories

    Data ekonomi yang mencatat bekalan minyak mentah A.S yang disimpan dalam tanki penyimpanan untuk dihantar ke kilang.

  • Current Account

    Current Account/Akaun semasa merupakan 1 data ekonomi yang merangkumi transaksi sesebuah negara dengan negara-negara lain dalam suatu tempoh masa seperti import-eksport barang dan perkhidmatan, pelaburan ke luar dan masuk, dan sebagainya.

  • Dasar Ekonomi

    Keputusan atau perundangan yang dikeluarkan oleh badan berkuasa di suatu negara dalam bidang ekonomi. Dalam bidang ekonomi, terdapat 2 jenis dasar iaitu dasar monetari dan dasar fiskal. Dasar monetari merupakan kuasa pihak kewangan seperti bank pusat, sementara dasar fiskal merupakan kuasa kerajaan.

  • Dasar Fiskal

    Dasar yang dibuat oleh kerajaan berkaitan belanjawan dan pendapatan negara. Dasar fiskal merangkumi sewa, kontrak, gaji, subsidi, dan sebagainya.

  • Dasar Monetari

    Dasar yang berkaitan peredaran jumlah wang, biasanya dikeluarkan oleh bank pusat di suatu negara. Pada amnya, dasar monetari terbahagi kepada 2 iaitu Pengetatan Monetari (Tight Monetary Policy) dan Pelonggaran Monetari (Loose Monetary Policy). Antara instrumen yang terdapat dalam dasar monetari adalah kadar faedah, operasi pasaran terbuka, campur tangan bank pusat.

  • Day Trading

    Strategi yang digunakan oleh trader dengan membuka dan menutup posisi dagangannya dalam hari yang sama.

  • Defisit

    Keadaan negatif pada suatu imbangan. Sebagai contoh, defisit imbangan perdagangan bermaksud jumlah import lebih tinggi daripada eksport. Defisit adalah kata lawan bagi surplus.

  • Deflasi

    Deflasi merupakan penurunan harga barang dan perkhidmatan secara terus menerus dalam suatu tempoh tertentu di suatu kawasan.

    Antara penyebab deflasi:

    - Penawaran melebihi permintaan.

    - Kurang jumlah wang yang beredar.

    - Perkembangan teknologi.

    - Penurunan permintaan menyebabkan penurunan harga.

  • Demo Account

    Demo Account (Akaun Demo) disediakan oleh majoriti broker forex online, di mana akaun tersebut trader boleh melakukan trading forex secara online seperti akaun sebenar tetapi tidak berisiko kehilangan wang atau modal kerana hanya menggunakan wang maya.

  • Deposit

    Sejumlah wang yang diberikan kepada broker sebagai modal perdagangan. Pada umumnya, broker akan memberikan syarat minimum deposit, namun terdapat broker yang memberikan bonus tanpa deposit. Melalui bonus tanpa deposit, trade tidak perlu memasukkan wang untuk berdagang di akaun sebenar.

  • Depreciation

    Penurunan nilai suatu mata wang secara terus menerus berbanding mata wang lain. Depreciation terjadi kerana mekanisme pasar atau akibat dari kejatuhan nilai mata wang. Depreciation menyebabkan harga barang-barang import lebih mahal dan eksport menjadi lebih murah sehingga menurunkan angka pembelian dalam negeri dan menaikkan angka penjualan ke luar negeri.

  • Devaluation

    Menurunkan nilai mata wang dalam negeri berbanding mata wang luar negeri. Tujuan devaluation adalah untuk menaikkan jumlah eksport dan mengurangkan angka import. Antara penyebab berlaku proses devaluation adalah kegiatan import yang tinggi terutama pada barang kegunaan.

  • Dividen

    Pembahagian keuntungan perniagaan kepada pemegang saham berdasarkan nilai saham yang dimiliki secara rata.

  • Dollar Commodity

    Mata wang Komoditi merupakan mata wang yang dipengaruhi oleh harga komoditi atas faktor pendapatan negara yang bergantung pada eksport suatu jenis komoditi tertentu. Terdapat 3 mata wang utama komoditi iaitu Dolar Kanada, Dolar Australia, dan Dolar New Zealand.

  • Dovish

    Dovish merupakan merupakan pernyataan pejabat Bank Sentral yang merujuk kepada keinginan untuk pelonggaran monetari polisi sesebuah negara. Dovish dari Bank Sentral bertujuan untuk mengurangkan deflasi, dan menyebabkan pelabur menarik nadanya dari negara tersebut. Namun, ia harus melihat keadaan fundamental yang lain.

  • Dow Jones Index

    Indeks Dow Jones merupakan salah satu indeks saham Amerika Syarikat paling terkenal dan dianggap secara komprehensif mewakili naik-turunnya harga saham di Amerika Syarikat di semua sektor dan merupakan salah satu indikator dalam analisa intermarket.

    Perubahan indeks Dow Jones mencerminkan pasaran pada besarnya keuntungan yang akan diperoleh atau risiko yang akan ditanggung terhadap saham-saham syarikat di bursa Amerika Syarikat terutama yang terdaftar dalam Dow Jones 30.

  • Dow Theory

    Teori Dow merupakan dasar dari analisa teknikal di pasaran kewangan yang dicipta oleh Charles H. Dow. Teori Dow menjadi salah satu analisa teknikal yang terkenal dan berkembang hingga menjadi rujukan di pasaran kewangan melalui pejabat Dow Jones. Terdapat beberapa prinsip di dalam teori Dow.

    Antara prinsip tersebut adalah:

    - Harga yang dilihat pada seluruh aspek.

    - Pasaran memiliki 3 jenis trend.

    - Trend utama mempunyai 3 fasa.

    - Indeks harus mengesahkan satu sama lain.

    - Volume harus mengesahkan trend yang terjadi.

    - Trend akan terus bergerak hingga ada isyarat penukaran trend.

  • Downtrend

    Keadaan pasaran yang menunjukkan penurunan harga secara berterusan dalam suatu tempoh tertentu. Keadaan downtrend disebabkan oleh sentimen pasaran yang bersifat bearish di mana para pelabur terus melakukan penjualan. Apabila jumlah penawaran lebih banyak daripada pembelian, maka harga akan semakin rendah.

  • Emerging Markets

    Emerging Markets merujuk kepada pasaran negara-negara berkembang. Mata wang negara berkembang disebut sebagai Emerging Currencies. Pasaran negara berkembang memiliki beberapa kriteria pasaran maju tetapi tidak memenuhi syarat untuk disebut pasaran maju.

    Di sekitar negara berkembang, terdapat perbatasan pasaran. 4 negara berkembang dengan Proct Domestic Bruto terbesar iaitu Brasil, Rusia, India, dan China.

    Terdapat 5 perkara yang perlu dilihat dari Emerging Markets:

    1- Penghasilan tetap di pasaran negara berkembang kurang fokus berbanding ekuitinya.

    2- Pasaran negara berkembang berlaku sebagai pengimport sekaligus pengeksport komoditi.

    3- Krisis di pasaran negara berkembang lebih terkawal.

    4- Kenaikan suku bunga A.S yang lebih tinggi tidak terlalu terkesan oleh pasaran negara berkembang.

    5- Perbatasan pasaran tetap kecil dan tidak tercair.

  • Equity

    Aset yang tinggal setelah baki dalam akaun pedagang setelah ditambah keuntungan atau dikurangi oleh kerugian pada posisi dagangan yang masih terbuka. Cara mengira Ekuiti adalah dengan menambahkan baki akaun dengan Floating Order.

  • Exotic Pair

    Istilah untuk mata wang negara-negara selain mata wang utama yang dipasangkan dengan dola A.S, Yen Jepun, atau Euro. Kelemahan trading dengan pasangan mata wang eksotik adalah nilai spread yang tinggi dan kecairan yang rendah sehingga trader forex jarang memilihnya.

    Antara contoh Exotic Pair :

    - EUR/TRY = Euro vs Turkish Lira

    - USD/TRY = Dolar A.S vs Turkish Lira

    - USD/ZAR = Dolar A.S vs South African Rand

  • Expert Advisor(EA)

    Merupakan sebutan lain bagi Robot Trading Forex. Software atau script algorithm yang dapat ditambahkan dalam platform trading forex dengan tujuan aplikasi tersebut boleh berjalan secara automatik melakukan transaksi buy dan sell tanpa arah manual dari pengguna.

  • Fed Fund Rate

    Kadar faedah yang ditentukan oleh bank pusat Amerika Syarikat. Pengumuman perubahan kadar faedah Fed biasanya berpengaruh besar secara global kerana peranan Dolar A.S sebagai mata wang besar di dunia. Penentuan kadar faedah A.S ditentukan oleh para anggota FOMC.

  • Federal Open Market Committee(FOMC)

    Anggota tertinggi membahas dasar monetari bank pusat Amerika Syarikat. Anggota FOMC berasal dari pejabat The Fed. Anggota tetap FOMC terdiri daripada 4 orang, manakala anggota bergilir dapat berubah setiap tahun.

    Kesan keputusan FOMC:

    • Mempengaruhi kekuatan mata wang Dolar A.S.
    • Pergerakan saham di bursa A.S.

  • Federal Reserve & The Fed

    Federal Reserve adalah Bank Sentral Amerika Syarikat. The Fed merupakan jaringan yang terdiri daripada 12 Federal Reserve Bank beserta cabang-cabangnya. Secara umum, mereka diawasi oleh Dewan Gabenor The Fed.

    Antara tugas The Fed :

    1- Mengupayakan paras pertumbuhan ekonomi sesuai dengan sasaran.

    2- Menekan paras pengangguran.

    3- Mengatur paras inflasi dan kestabilan harga.

    4- Menjaga kuasa pembelian Dolar Amerika Syarikat.

    5- Menentukan paras kadar faedah.

    6- Mengawasi pergerakan bank-bank yang dinaunginya.

  • Financial Conduct Authority(FCA)

    FCA merupakan badan pengawas kewangan sekaligus berperanan sebagai regulator forex di England. FCA memiliki regulasi yang sangat ketat kerana broker-broker forex yang tercatat di dalamnya harus memberikan laporan rutin kewangan serta syarat perlindungan dana.

    Antara tugas FCA adalah:

    • Meregulasi berbagai bentuk pemasaran produk kewangan.
    • Memberikan syarat minimum layanan dan peraturan dalam pemasaran produk.
    • Melakukan penyiasatan, pelarangan serta arahan khusus kepada syarikat penyedia layanan kewangan di England.

  • Financial Market Authority(FMA)

    Merupakan badan pengawas pasaran kewangan sekali gus regulator di New Zealand. Ditubuhkan pada tahun 2011 dan diawasi secara langsung oleh Ministry Of Economic Development New Zealand.

    FMA merupakan regulator yang bertujuan untuk mengembalikan kepercayaan pelabur setelah banyak perniagaan kewangan bankrap dan krisis kewangan global.

    Sejak ditubuhkan pada tahun 2011, FMA telah menghukum syarikat seperti Bridgecorp, KA Trustee Ltd, Perpetual, Hanover Finance, Lombard Finance, Sean Wood, Nathans Finance, Bernard Whimp, dan David Ross.

  • Financial Statement

    Merupakan laporan kewangan yang mengandungi kandungan terperinci mengenai aliran dana perniagaan, pendapatan, serta keadaan dana semasa.

    Antara laporan kewangan yang perlu diperhatikan oleh pelabur adalah:

    1- Balance Sheet (Laporan Imbangan)

    2- Income Statement (Laporan Pendapatan)

    3- Cash Flow Statement (Laporan Aliran Tunai)

    4- Statement Owner Equity (Laporan Ekuiti Pemilik)

  • Floating

    Floating adalah suatu apungan yang tidak pasti. Pada posisi forex trading, Floating digunakan untuk menyebut posisi yang sedang dibuka. Terdapat 2 jenis Floating iaitu Floating Profit dan Floating Loss. Jika trader sedang Floating profit, maka trader berpotensi memperoleh keuntung, sementara Floating Loss berpotensi kerugian pada posisi yang dibuka.

    Pada keadaan trading di broker forex, terdapat istilah Floating Spread yang bermaksud spread melebar pada keadaan tertentu. Secara am, perubahan Spread disebabkan oleh perubahan keadaan pasaran, peristiwa tertentu, namun ia juga boleh dimanipulasi oleh broker itu sendiri.

  • Floor Price

    Dalam istilah ekonomi, Floor price bermaksud harga terendah yang telah ditetapkan untuk mencegah pergerakan harga yang tidak terkendali. Floor Price adalah berlawanan dengan Ceiling Price.

  • Forex

    Forex adalah singkatan daripada Foreign Exchange atau tukaran mata wang asing. Istilah trading forex merujuk kepada perdagangan tukaran secara online untuk mendapatkan keuntungan.

    Terdapat 4 analisis utama yang digunakan dalam trading forex iaitu:

    1) Teknikal Analisis

    2) Fundamental Analisis

    3) Sentimen Analisis

    4) Intermarket Analisis

  • Gain

    Keuntungan yang diperoleh oleh trader dari selisih antara harga beli dan harga jual suatu aset kewangan yang diperdagangkan. Contoh, anda membeli saham berharga $100. Selepas beberapa hari, harga saham tersebut meningkat menjadi $120 dan anda menjual saham tersebut, bermaksud anda telah memperoleh keuntungan sebanyak $20.

  • Golden Cross

    Corak pemecahan Bullish yang terbentuk daripada pertembungan antara Moving Average Rendah ke atas Moving Average yang lebih tinggi. Golden Cross sering digunakan sebagai petanda bahawa pasaran sedang bergerak bullish.

    Perkara yang perlu dilihat semasa pembentukan Golden Cross:

    • Volume yang tinggi sebagai isyarat Bullish
    • Semakin besar timeframe carta, semakin kuat isyarat Golden Cross yang muncul.
    • Indikator jenis Oscillator dapat dimanfaatkan untuk mengesahkan isyarat Golden Cross.

  • Gross Domestic Product(GDP)

    GDP juga disebut sebagai Keluaran Dalam Negeri Kasar(KDNK). GDP merupakan indikator fundamental utama yang digunakan untuk mengukur paras pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.

  • Hard Currency

    Mata wang yang mempengaruhi nilai mata wang lain kerana negara asalnya termasuk dalam ekonomi besar dunia, ciri-ciri negara maju dan sistem pemerintahan yang kuat.

    Kelebihan Hard Currency adalah nilai tukarnya stabil dan nilai kecairannya tinggi sehingga sering dipakai pada pasaran forex. Salah satu mata wang Hard Currency adalah Dolar A.S(USD) kerana menjadi mata wang terbesar yang paling banyak digunakan di dunia. Selain USD, mata wang EUR dan GBP juga disebut sebagai Hard Currency.

  • Hawkish

    Dalam istilah ekonomi, Hawkish bermaksud pernyataan pejabat bank sentral yang merujuk kepada kecenderungan untuk melancarkan atau mempertahankan dasar monetari yang ketat seperti menaikkan kadar faedah, mengurangi rangsangan monetari, dan sebagainya.

    Pada trading forex, pernyataan pejabat bank sentral yang bernada hawkish cenderung membuat mata wang negara tersebut menguat kerana para pelabur akan membeli mata wangnya. Namun, faktor-faktor fundamental negara tersebut juga perlu diperhatikan.

  • Hedge Fund

    Merupakan syarikat-syarikat yang mengendalikan aset pelaburan. Sama seperti bank, tugas Hedge Fund adalah menghimpun dana dari pelabur untuk dikendalikan hingga memperoleh keuntungan hasil tertentu yang kemudiannya dibahagi antara pihak Hedge Fund dengan pelabur. Berbeza daripada bank, Hedge Fund tidak melayani pindahan bayaran serta tidak memberikan keuntungan hasil dalam bentuk bunga.

  • Hedging

    Merupakan salah satu langkah yang dilakukan oleh pelabur atau pedagang untuk mengurangkan kerugian di pasaran kewangan dengan melakukan transaksi beli dan jual serentak pada suatu aset kewangan yang sama.

    Terdapa 2 cara menggunakan teknik Hedging di forex:

    1) Membuka posisi buy dan sell pada pasangan mata wang yang sama.

    2) Membuka posisi pada beberapa pasangan mata wang yang berlainan dengan strategi korelasi mata wang.

    Hedging tidak hanya dilakukan oleh pedagang invididu, malah institusi besar seperti bank dan syarikat hegde fund juga menggunakan teknik ini.

  • Ichimoku Kinko Hyo

    Merupakan salah satu indikator teknikal overlay pada platform trading forex online. Ia berfungsi untuk mengetahui trend sekali gus menunjukkan potensi isyarat trading.

    Antara elemen yang terdapat pada indikator Ichimoku Kinkyou Hyo adalah:

    1) Tenkan Sen: (Highest High + Lowest Low)/2, dengan period standard 9.

    2) Kijun Sen: (Highest High + Lowest Low)/2, dengan period standart 26.

    3) Chikou Span: Close Price bergeser ke belakang sebanyak 26 period.

    4) Senkou Span A: (Tenkan Sen + Kijun Sen)/2 kemudian ke depan sebanyak 26 period.

    5) Senkou Span B: (Highest High + Lowest Low)/2 dari 52 batang candle terakhir yang kemudian ke depan sebanyak 26 period.

  • Indeks Saham

    Pengukur prestasi pasaran saham tertentu. Indeks saham yang berlaku dianggap sebagai indikator yang menggambarkan keadaan pasaan pada tempoh tertentu.

    Melalui indeks, trend pergerakan harga saham semasa dapat dipantau. Pada amnya, kenaikan sebahagian besar harga saham yang bergabung dalam suatu indeks boleh menaikkan nilai indeks tersebut.

  • Indikator Ekonomi

    Data statistik yang digunakan penganalisis untuk mengetahui keadaan ekonomi terkini mahupun peluang ekonomi di masa depan dalam rangka menentukan pertumbuhan ekonomi suatu negara. Indikator ekonomi diterbitkan oleh kerajaan dalam melihat pertumbuhan ekonomi suatu negara.

  • Indikator Teknikal

    Indikator yang berasas daripada kiraan terhadap harga yang lepas, volume, minat pasaran terhadap suatu instrumen pelaburan atau kontrak kewangan untuk meramal pergerakan harga di masa depan.

    Indikator teknikal terbahagian kepada 4 iaitu :

    1) Indikator Teknikal Yang Menunjukkan Arah Trend (Trend Following)

    2) Indikator Teknikal Untuk Mengesahkan Arah Trend (Trend Comfirmation)

    3) Indikator Momentum Untuk Entry (Indikator Overbought Dan Oversold)

    4) Indikator Teknikal Untuk Menentukan Level Exit (Profit Taking)

    Antara indikator teknikal yang terkenal adalah:

    • Relative Strength Index(RSI)
    • Stochastics
    • Bollinger Bands
    • Moving Averages
    • Fibonacci

  • Inflasi

    Kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan dalam suatu tempoh masa tertentu di suatu kawasan. Antara penyebab inflasi adalah permintaan barang yang meningkat, kenaikan kos pengeluaran, dan peredaran wang yang tinggi.

    Jenis inflasi terbahagi kepada 2 iaitu inflasi domestik dan inflasi dari luar negeri. Inflasi domestik berasal dari dalam negeri kerana jumlah wang yang beredar di pasaran lebih banyak daripada permintaan. Sementara inflasi dari luar negeri adalah disebabkan oleh kenaikan harga dari barang-barang import.

    Inflasi dan deflasi dipantau berdasarkan 2 indikator ekonomi iaitu Indeks Harga Pengguna(Consumer Price Index) dan Indeks Harga Pengeluar (Producer Price Index).

  • Initial Margin

    Merupakan deposit awal yang perlu disimpan oleh trader supaya dapat berdagang.

  • Introducing Broker (IB)

    Kerjasama antara broker dengan pihak ketiga untuk memasarkan produk dan mencari pelanggan. Tugas utama IB adalah mencari klien untuk broker dan menyediakan perkhidmatan pertolongan pada klien jika menghadapi sebarang masalah.

  • Investor(Pelabur)

    Pelabur adalah orang yang memasukkan wangnya ke dalam instrumen pelaburan jangka panjang seperti real estate, industri berskala besar atau kecil, atau melabur di pasaran kewangan untuk di simpan dalam jangka panjang.

  • Jackson Hole

    Simposium ekonomi Jackson Hole adalah forum tahunan untuk bank pusat, menteri kewangan, ahli akademik dan ahli pasaran kewangan dari seluruh dunia.

    Ia telah ditaja oleh Federal Reserve Bank of Kansas sejak 1978 dan mendapat namanya kerana ia telah diadakan di sebuah resort ski di Jackson Hole, Wyoming sejak tahun 1981.

  • January Effect

    Peristiwa yang terjadi apabila harga-harga saham meningkat pada bulan Januari. Pelabur membeli saham-saham pada harga murah sebelum Januari, dan menjualnya setelah harga naik. Di pasaran forex, January Effect biasanya menyebabkan indeks saham naik dan nilai tukaran mata wang melemah tetapi hanya sementara. Apabila Risk Appetite(Aset Berisiko) meningkat, Dolar A.S lebih cenderung kepada melemah.

    Antara faktor yang menyebabkan peristiwa ini terjadi adalah apabila pelabur menjual saham-saham yang merugikan untuk menekan harga ke bawah, dan kemudian membelinya kembali pada awal bulan Januari.

  • Jawboning

    Merupakan pernyataan yang dikeluarkan oleh bank pusat suatu negara dengan tujuan untuk melemahkan nilai mata wangnya.

  • JPY (Yen Jepun)

    JPY merupakan mata wang ke-3 yang paling banyak diperdagangkan di pasaran asing selepas Dolar A.S dan Euro. JPY juga dianggap mata wang Safe-Haven kerana apabila pasaran mengalami krisis, para pelabur Jepun akan membawa pulang wang yang mereka laburkan di luar Jepun.

  • Kalendar Ekonomi

    Kalendar yang menerbitkan jadual data-data ekonomi dan peristiwa penting yang berkait dasar monetari dan fiskal negara-negara yang mata wangnya diperdagangkan di pasaran forex.

  • Kecairan (Liquidity)

    Dana yang disediakan untuk diperdagangkan pada suatu aset di pasaran kewangan.

  • Leverage

    Pinjaman yang diberikan oleh broker kepada pedagang. Sebagai contoh, anda mempunyai $100 dan menggunakan leverage 1:300, ini bermakna anda berdagang seperti menggunakan modal sebanyak $30,000.

  • Limit Order

    Terdapat 2 jenis limit order dalam forex iaitu Buy Limit dan Sell Limit. Buy limit adalah order yang diletakkan pada bawah harga pasaran semasa, sementara Sell Limit adalah order yang diletakkan pada atas harga pasaran semasa.

  • Liquidity Provider

    Institusi kewangan di dalam jaringan broker dengan pasaran forex, di mana setiap agensi mereka akan terus menghubungkan harga permintaan dan penawaran sesuai dengan harga pasaran terkini.

  • Live Account (Real Account)

    Jenis akaun yang disediakn oleh broker forex, dimana trader mesti menyimpan sejumlah wang sebagai modal awal sebelum mulakan pedagangan.

  • Long Position

    Posisi trading di pasaran kewangan dimana trader ingin mendapatkan keuntungan dari kenaikan nilai suatu aset. Long position juga sinonim dengan bullish market.

  • Lot

    Ukuran transaksi di dalam pasaran kewangan. Dalam pasaran saham, 1 lot bersama 100 unit saham. Dalam pasaran forex pula, pada akaun standard, 1 lot mewakili 100,000 unit.

  • MACD

    Singkatan daripada Moving Average Convergence Divergence dan merupakan indikator teknikal untuk menunjukkan arah trend dan momentum pergerakan harga aset di pasaran kewangan.

  • Margin

    Sejumlah wang tertentu yang perlu disimpan trader sebagai jaminan supaya boleh melakukan transaksi pada broker yang memberikan kemudahan leverage kepadanya.

  • Margin Call

    Kemudahan broker yang memperingati trader bahawa ekuiti akaun tradingnya sudah tidak mencukupi nilai margin yang diperlukan untuk membuka posisi.

  • Martingale

    Merupakan satu strategi trading berdasarkan teori kebarangkalian yang terkenal. Trader forex yang menggunakan teknik Martingale akan menggandakan posisi trading apabila harga bergerak ke arah yang berlawanan dengan ramalannya.

  • Money Flow Index

    Salah satu indikator oscillator yang berfungsi seperti indikator Relative Strength Index(RSI). MFI mengira saiz volume dan indikator ini lebih mencerminkan pergerakan pasaran yang dinamik.

  • Money Management

    Merupakan cara pengawalan wang dalam trading forex yang bertujuan untuk mencapai keuntungan yang optima dan mengurangkan risiko, serta menjaga modal daripada mengalami kerugian yang melampau.

  • Moving Average

    Merupakan indikator teknikal bersifat overlay yang digunakan untuk menunjukkan arah trend pergerakan harga, isyarat trading, dan bertindak sebagai Support dan Resistance yang dinamik.

  • Mutual Funds

    Produk kewangan dimana dana pelabur akan dikumpulkan di satu akaun pengurus pelaburan pada suatu lembaga kewangan. Seluruh dana para pelabur akan dilaburkan ke pelbagai intrumen pelaburan, sesuai dengan aset yang dipilih pelabur seperti saham atau bon.

  • NASDAQ

    Salah satu indeks saham Amerika Syarikat yang terkenal. Pasaran saham NASDAQ menfokuskan pada sektor teknologi. Isu-isu yang berkaitan dengan teknologi akan sangat mempengaruhi pada pergerakan harga indeks saham NASDAQ.

  • Neckline

    Level atau garisan paras yang membatasi area bawah(Support) pada Head & Shoulders, dan menjadi batas atas(Resistance) pada Inverted Head & Shoulders. Neckline menjadi tempat untuk pelabur memasukkan posisi dalam forex trading. Sementara jarak antara Neckline ke Head merupakan tempat kebanyakkan pelabur mengambil keuntungan.

  • New Home Sales

    Data penjualan rumah baru di Amerika Syarikat dan biasa digunakan sebagai salah satu indikator dalam mengukur keadaan pasaran Hartanah di Amerika Syarikat. Rumah baru yang dijual mungkin masih dalam peringkat pembinaan iaitu belum bermula, sedang dibina, atau sudah siap dibina.

    Laporan New Home Sales A.S diterbitkan setiap bulan oleh Biro Census A.S. Data ini dianggap memberi impak yang tinggi pada pergerakan Dolar A.S terutama jika angka yang diterbitkan meleset lebih daripada jangkaan.

  • Nikkei

    Indeks yang terdiri daripada kumpulan saham berdaftar di Bursa Efek Tokyo. Indeks ini juga disebut sebagai Nikkie 225(N225) kerana ia mengumpulkan 225 saham perniagaan terkemuka di Jepun. Saham-saham tersebut juga merupakan yang paling aktif diperdagangkan.

  • No Deposit Bonus

    Salah satu promosi broker forex yang menarik trader untuk membuka akaun sebenar secara percuma. No Deposit Bonus memberikan modal percuma sebagai cara menarik minat klien untuk menyertai broker tersebut. Apa yang perlu dilihat daripada promosi ini adalah syarat-syaratnya.

  • Non Farm Payroll (NFP)

    Data perubahan mengenai jumlah pekerjaan di Amerika Syarikat yang meliputi semua sektor kecuali pertanian, pekerjaan isi rumah persendirian, dan pekerjaan organisasi tanpa keuntungan.

    Data NFP A.S mencerminkan keadaan pekerjaan di sektor komersial dan industri di Amerika Syarikat, dan memberi kesan yang tinggi pada pergerakan Dolar A.S kerana digunakan sebagai elemen penting oleh The Fed dalam menentukan dasar monetari dan kadar faedah.

  • NYMEX

    Bursa komoditi yang terbesar di dunia yang berpengkalan di New York. NYMEX merupakan singkatan daripada New York Mercantile Exchange. Syarikat di sebalik NYMEX adalah NYMEX Holdings Inc. yang didirikan sejak tahun 1882. Pada masa kini, NYMEX juga terdapat pada bursa saham New York (NYSE) dengan kod NMX. NYMEX juga berdaftar di badan pengawas CFTC.

    Pelbagai komoditi yang diperdagangkan di NYMEX seperti Aluminium, Batubara, Tembaga, Minyak Mentah, Tenaga Elektrik, Bensin, Emas, Natural Gas, Perak, dan sebagainya.

  • NYSE

    NYSE adalah singkatan daripada New York Stock Exchange dan merupakan Bursa Efek New York. Berlokasi di Wall Street, jumlah saham perniagaan yang berdaftar di bursa ini mencapai 2.400. Jika dilihat daripada jumlah Permodalan pasaran perniagaan yang berdaftar di sana, NYSE adalah bursa efek terbesar di dunia.

    Selain daripada hal permodalan pasaran, NYSE juga merupakan salah satu bursa saham tersibuk di dunia. Dalam tahun 2011, valume transaksi harian yang tercatat di bursa ini sudah mencapai 20.161 trilion USD.

    Saham-saham yang diperdagangkan di NYSE memiliki indeks tersendiri yang disebut sebagai NYSE Composite. Kode HYSE di bursa perdagangan adalah NYA.

  • NZD

    Singkatan daripada New Zealand Dolar akan sering disebut Kiwi. Selain AUD, NZD juga disebut sebagai mata wang Antipodean. Pergerakan NZD dipengaruhi oleh harga produk tenusu kerana New Zealand adalah pengeksport produk tenusu terbesar di dunia.

  • Offer

    Harga yang ditawarkan dalam penjualan suatu aset kewangan, dan disebut sebagai Ask Price. Dalam bidang forex, ia merupakan harga di mana trader akan membeli mata wang dasar. Jika dilihat dalam platform trading MetaTrader, maka harga Offer (Ask Price) akan muncul di bahagian kanan, biasanya dengan penanda warna biru. Sementara lawannya iaitu Bid Price muncul dengan penanda warna merah dan digunakan sebagai harga jualan.

  • Open Position

    Open position adalah aktiviti di mana trader membuka posisi pada aset dagangan. Dalam forex, terdapat 2 jenis posisi trading iaitu Long Position (posisi buy) dan Short Position(posisi sell). Namun, ada juga yang membuka posisi di mana ia menunggu harga untuk capai harga yang dikehendakinya sesuai dengan analisa mereka. Cara membuka posisi itu dipanggil Pending Order.

  • Order

    Arahan pada sistem platform trading forex yang membolehkan trader memasuki pasaran pada paras harga yang tertentu. Pada amnya, terdapat 2 jenis order utama iaitu Buy Order dan Sell Order. Namun, terdapat juga jenis-jenis order lain seperti Stop Order dan Limit Order.

  • Over night trading

    Dalam bidang forex, istilah ini digunakan untuk menyatakan posisi trading yang dibuka dari suatu hari tertentu hingga keesokan harinya atau melebihi 1 hari waktu server broker. Kebiasaannya, Overnight Trading akan dikenakan cas swap bergantung pada pasangan mata wang yang didagangkan dan kadar faedah dari bank pusat mata wang tersebut.

  • Oversold & Overbought

    Keadaan harga pada masa ini dibandingkan dengan harga pasaran sebelumnya. Jika harga naik dan mencapai level tertentu, ia menunjukkan keadaan terlebih beli atau overbought, sementara harga yang turun hingga level tertentu menunjukkan keadaan terlebih jual atau oversold.

    Untuk menentukan level-level tersebut, Pelabur biasanya menggunakan bantuan indikator Oscillator seperti RSI, Stochastics, MACD, dan sebagainya. Dalam pengukuran indikator-indikator tersebut, terdapat level-level tertentu yang sudah dijadikan kawasan overbought dan oversold. Sebagai contoh, menurut indikator Stochastics, zon overbought berada di atas level 80, manakala zon oversold berada di bawah level 20.

  • Overtrade

    Situasi di mana trader melakukan trading secara berlebihan kerana ingin mendapatkan keuntungan cepat. Biasanya dengan membuka satu posisi trading dalam jumlah lot yang sangat besar, atau membuka terlalu banyak posisi trading dalam satu waktu.

    Pada umumnya, ia disebabkan oleh ketidakstabilan dalam psikologi trading yang membuat trading ingin mengejar profit atau membalas dendam atas kerugian sebelumnya. Kesalahan ini seringkali dilakukan oleh trader baru dan lama.

  • Pair

    Pair atau pasangan mata wang terdiri daripada mata wang suatu negara yang dipasangkan dengan mata wang negara lain. Pemasangan suatu mata wang digunakan untuk mengetahui nilai tukaran mata wang terhadap mata wang negara lain.

  • Pair Major

    Merupakan pasangan mata wang asing yang paling kerap diperdagangkan di pasaran forex. Pair major memiliki spread yang rendah dan kecairan yang tinggi dan terdiri daripada 8 mata wang major yang masing-masing diperdagangkan terhadap USD.

    Berikut adalah pasangan mata wang yang tergolong dalam pair major :

    • USD/JPY = Dolar A.S vs Yen Jepun
    • USD/CHF = Dolar A.S vs Swiss Franc
    • USD/CAD = Dolar A.S vs Dolar Kanada
    • GBP/USD = Pound U.K vs Dolar A.S
    • EUR/USD = Euro vs Dolar A.S
    • AUD/USD = Dolar Australia vs Dolar A.S
    • NZD/USD = Dolar New Zealand vs Dolar A.S

  • PAMM

    Singkatan dari Percentage Allocation Module Management, salah satu skim pelaburan yang dipromosikan oleh broker forex. Dalam sistem ini, broker menghubungkan pelabur dengan trader profesional yang boleh mengawal modal pelabur sebagai pengurus pelaburan melalui sistem Profit Sharing.

  • Parabolic SAR

    Salah satu indikator teknikal yang dicipta oleh J welles Wilder dan boleh dipasang secara automatik pada platform trading online. Parabolic SAR tampil sebagai rangkaian titik-titik yang terletak di atas atau di bawah harga dan berfungsi sebagai pemantau trend harga dan boleh digunakan untuk mencari isyarat trading buy atau sell.

  • Pegging

    Paras tertentu yang digunakan oleh Bank Pusat ketika nilai tukaran suatu mata wang terhadap mata wang lainnya ditetapkan pada tempoh tertentu. Sebagai contoh, Switzerland pernah menentukan pegging 1 EUR = 1.20 CHF.

    Nilai tukaran Pegging juga disebut sebagai fixed exchange rate. Dasar ini biasanya digunakan oleh suatu negara untuk memastikan nilai tukaran yang stabil dalam jangka panjang dan bermanfaat bagi perancangan perniagaan dan keadaan perdagangan. Namun untuk melakukan pegging, Bank Pusat negara tersebut harus mengawasi Demand & Supply secara ketat, serta mengatur peredaran wang agar tidak terjadi lonjakan ekstrem.

  • Pending Order

    Jenis Order dalam trading forex yang membolehkan trader untuk memasang level entry berbeza daripada harga semasa. Hal ini membolehkan trader membuka posisi menunggu harga yang dikehendaki.

    Terdapat 4 jenis Pending Order di dalam trading forex online:

    • Buy Limit: Pending order buy dengan memasang level entry yang lebih rendah daripada harga semasa.
    • Sell Limit: Pending order sell dengan memasang level entry yang lebih tinggi daripada harga semasa.
    • Buy Stop: Pending order buy dengan memasang level entry yang lebih tinggi daripada harga semasa.
    • Sell Stop: Pending order sell dengan memasang level entry yang lebih rendah daripada harga semasa.

  • Penguncupan (Contraction)

    Istilah kepada perlambatan atau penurunan pada pertumbuhan ekonomi atau suatu perniagaan.

  • Penny Stock

    Sebutan untuk saham-saham yang berharga sangat murah. Di Amerika Syarikat, ia dikaitkan dengan saham-saham yang berharga kurang daripada USD 5 per saham.

  • Pips

    Merupakan point kecil yang mewakili perubahan harga dalam trading forex. Sebagai contoh, apabila GBP/USD menaik daripada 1.2062 kepada 1.2070, ia bermaksud berlaku peningkatan sebanyak 8pips.

  • Platform Trading

    Kemudahan untuk berdagang secara real-time di pasaran forex. Melalui platform trading, trader boleh membuat order, melakukan analisa pada chart harga, menyemak harga lepas suatu asing dagangan, dan berbagai aktiviti trading lain.

    Platform trading merupakan kemudahan broker forex yang diberikan kepada trader setelah mendaftar akaun. Namun, ada juga platform trading berasingan yang bermanfaat untuk membuat analisa dan cuba berdagang dengan akaun demo.

    Platfrom trading yang digunakan broker paling popular adalah MetaTrader(MT4) daripada MetaQuotes, cTrader daripada Spotware, dan berbagai platform lain yg digunakan oleh broker masing-masing.

  • Portfolio

    Dalam bidang kewangan, portfolio memperlihatkan gabungan aset kewangan yang dimiliki oleh seorang pelabur, pengurus pelaburan, sebuah perniagaan, atau badan kewangan. Gabungan aset kewangan merangkumi saham, bon, forex dan sebagainya.

  • Price Action

    Merupakan pergerakan harga suatu aset atau pasangan mata wang. Secara am, Price Action merujuk kepada kaedah analisa teknikal berdasarkan harga lepas (price history), dimana trader dapat mencari pola dalam pergerakan harga lepas sesuatu aset. Price Action dikaitkan dengan analisa pola candlestick.

  • Profit/Loss

    Boleh dirujuk tajuk kolumn dalam History Trading yang menunjukkan jumlah keuntungan atau kerugian setelah suatu posisi trading ditutup.

  • Public Debt

    Data ekonomi yang merangkumi hutang kerajaan. Dalam struktur hutang suatu negara, terdapat hutang kerajaan dan hutang swasta. Hutang swasta disebut sebagai Corporate Debt atau Private Debt.

  • Pullback

    Lantunan harga sementara daripada trend utama. Apabila suatu harga mengalami Uptrend, maka pullback merupakan penurunan sementara. Manakala, jika harga sedang mengalami Downtrend, maka pullback merupakan kenaikan sementara sebelum harga kembali kepada trend penurunan.

    Pullback juga sering disebut sebagai Correction atau Retracement. Dalam strategi trading, pullback sering digunakan untuk mengikut trend, dimana trader akan mencari posisi entry yang sesuai dalam arah trend utama setelah pullback berakhir.

  • QAR

    QAR adalah singkatan daripada Qatari Riyal dan merupakan matang wang nasional yang digunakan di negara Qatar. Mata wang ini menggantikan Riyal Qatar dan Dubai pada tahun 1973 selepas Dubai masuk ke United Arab Emirates.

  • Qualitative Analysis

    Suatu kaedah analisa trading berdasarkan pada informasi non-kuantitatif seperti pendapat pakar, sentimen pasaran, laporan ekonomi, berita, dan data-data sejenis yang boleh memberikan pertimbangan secara kualitatif untuk mencari peluang trading.

  • Quantitative Easing(QE)

    Merupakan pelonggaran dasar monetari yang dilakukan bank pusat untuk meningkatkan jumlah wang yang dicetak secara digital. Quantitative Easing sering digunakan sebagai instrumen untuk meningkatkan kadar inflasi dan pertumbuhan ekonomi. Dalam pengaruh pada pergerakan mata wang, QE sering menyebabkan kelemahan pada harga kerana jumlah wang yang ditawarkan akan meningkat sekali gus menurunkan nilai tukaran mata wang.

  • Quantitative Trading

    Merujuk kepada strategi trading yang menggunakan pengiraan matematik untuk mengetahui peluang trading. Harga dan Volume adalah 2 komponen input data yang paling banyak dimanfaatkan dalam Quantitative Trading.

  • Quarter (Q1,Q2,Q3,Q4)

    Tempoh waktu 3 bulan yang digunakan sebagai jangka waktu pengukuran suatu laporan ekonomi. Contohnya, Q1 KDNK, bermaksud data KDNK yang mencerminkan petumbuhan ekonomi suatu negara selama suku pertama.

    Berikut merupakan pembahagian 3 bulan dalam suku tahun :

    • Q1 atau suku pertama = Januari, Februari, Mac
    • Q2 atau suku kedua = April, Mei, Jun
    • Q3 atau suku ketiga = Julai, Ogos, September
    • Q4 atau suku keempat = Oktober, November, Disember

  • Quarter On Quarter (QoQ)

    Ukuran tempoh masa yang menyatakan bahawa suatu data merupakan hasil perbandingan antara suku tahun semasa dengan suku yang sama pada tahun sebelumnya. Contohnya, apabila penerbitan suatu data KDNK suku pertama meningkat daripada 1.0% kepada 1.5% secara QoQ, bermaksud angka KDNK suku pertama tahun semasa lebih baik 0.5% daripada suku pertama tahun sebelumnya.

  • Quarter Over Quarter (Q/Q)

    Ukuran tempoh masa yang menyatakan bahawa suatu data merupakan hasil perbandingan antara suku semasa dengan suku sebelumnya. Contohnya, apabila penerbitan suatu data KDNK Q/Q meningkat daripada 1.0% kepada 1.3%, bermaksud angka KDNK suku semasa lebih baik 0.3% daripada suku sebelumnya.

  • Quote

    Nilai kuota yang dipamerkan pada platform trading forex. Perhatikan bahawa nilai kuota di sini merupakan nilai tengah, dan buka merupakan harga yang digunakan untuk memasuki order kerana untuk order, harga yang digunakan adalah Bid Price dan Ask Price. Secara umumnya, broker forex memberikan kuota dalam bentuk 4-digit atau 5-digit. Namun khusus untuk JPY Cross Pair seperti EUR/JPY, AUD/JPY) hanya mencantumkan 2-digit atau 3-digit.

    Berikut adalah contoh kuota untuk AUD/JPY:

    • Pada broker 4-digit akan ditulis 73.12
    • Pada broker 5-digit akan ditulis 73.125

  • Quote Currency

    Mata wang yang bersaingan dengan mata wang dasar. Quote Currency terletak di bahagian belakang dalam simbol Quote Pair di platform trading forex. Quote currency juga disebut sebagai Counter Currency. Contoh, pada GBP/USD maka Quote Currency adalah USD.

  • Range

    Lingkungan pergerakan harga suatu pasangan mata wang dalam tempoh waktu tertentu.

  • Rate

    Merupakan kadar yang dikenakan untuk pertukaran. Sebagai contoh, nilai tukaran mata wang (Exchange Rate), Tingkat kadar faedah (Interest Rate), dan kadar inflasi (Inflation Rate).

  • Rebate

    Dalam forex, rebate merupakan pembahagian daripada komisen yang diperoleh Introducing Broker(IB) kepada klien atau trader.

  • Rebound

    Lantunan harga suatu aset kewangan seperti harga saham atau mata wang.

  • Regulation/Lisence

    Dalam konteks trading forex, istilah Regulation & Lisence merujuk pada peraturan operasi dari negara mana yang dimiliki oleh suatu broker. Broker forex secara umum terbahagi menjadi Regulated Broker dan Non-Regulated Broker, sementara peraturan dan lesen yang diberikan setiap negara juga berbeza-beza.

  • Requote/Slippage

    Perubahan kuota secara mendadak pada platform trading sehingga trader tidak dapat memasuki order pada harga yang diinginkan.

  • Resistance

    Level psikologi tertentu yang berada di atas harga semasa dan biasanya berada pada level harga tertinggi sebelumnya. Pada umumnya, pedagang menjangkakan lantunan pada harga suatu pasangan mata wang setelah mencapai level tersebut.

  • Retracement

    Lantunan harga sementara yang terjadi di tengah-tengah trend yang lebih besar. Setelah retracement tamat, harga akan kembali kepada trend yang lebih besar.

  • Revaluation

    Keupayaan suatu negara untuk menaikkan atau memperkuat nilai tukaran mata wangnya.

  • Reversal

    Lantunan harga pada carta yang bersifat lebih lama berbanding Retracement. Lantunan harga tersebut buka hanya sekejap sahaja, melainkan terjadi berterusan dalam timeframe yang lebih besar sehingga melebihi dari seminggu.

  • Risk Appetite

    Merupakan sikap pelabur yang berminat dengan aset yang lebih berisiko. Berlawanan dengan Risk Aversion, Risk Appetite dapat dilihat di dalam kenaikan pada indeks saham.

  • Risk Aversion

    Kecenderungan pedagang untuk menghindari aset-aset berisiko lebih tinggi. Risk Aversion dapat di lihat pada penurunan pada indeks saham dan kenaikan pada bon.

  • Risk Management

    Keupayaan yang dilakukan oleh trader untuk mengurangkan risiko trading dan mencegah kerugian. Contohnya dengan meletakkan Stop Loss atau Trailing Stop.

  • Rollover

    Tempoh kontrak perdagangan diteruskan pada hari berikutnya sampai posisi trading ditutup.

  • RSI

    Merupakan singkatan daripada Relative Strength Index, salah satu indikator jenis oscillator yang popular dan dianggap cukup berkesan. RSI dicipta oleh Welles Wilder pada tahun 1978 dan digunakan dalam trading di semua jenis pasaran termasuk oleh trader forex.

  • Safe Haven

    Aset pelaburan yang mempunyai risiko yang rendah dan apabila ekonomi global tidak menentu atau terdapat gejala geopolitik, maka banyak pedagang mengalihkan wang mereka ke aset-aset ini. Contohnya bon, emas, mata wang CHF, mata wang JPY.

  • Saham

    Surat kontrak yang mewakili pemilikan perseorangan atau badan terhadap ekuiti suatu syarikat serta dapat memberikan keuntungan hasil seperti dividen dan capital gain. Saham dapat dijual-beli secara langsung antara penjual dan pembeli di bursa saham.

  • Scalping

    Kaedah dimana seorang trader mengambil keuntungan kecil secara berkala dengan cara membuka dan menutup posisi beberapa kali dalam sehari.

  • Scam

    Merupakan satu penipuan yang merugikan secara moral atau material.

  • Sentimen Pasaran

    Jangkaan pasaran terhadap pergerakan harga dalam suatu keadaan tertentu.

  • Settlement

    Di pasaran kewangan, ia berkaitan dengan penempatan dan cadangan transaksi trader oleh broker dealer sesuai dengan spesifikasi harga dan volume yang telah ditentukan sebelumnya.

  • Short Covering

    Tindakan para pelabur atau spekulasi di pasaran kewangan untuk menutup posisi jangka pendek mereka atau melakukan hedging atas posisi jangka pendek yang telah dibuka.

  • Short Position

    Posisi trading di pasaran kewangan dimana trader atau pelabur ingin mendapatkan keuntungan dari penurunan nilai suatu aset.

  • Signal Trading

    Analisa pasaran yang ditawarkan oleh broker atau penganalis forex bebas secara berbayar atau percuma serta memberikan saranan untuk membuka posisi Buy atau Sell pada level harga dan tempoh waktu tertentu.

  • Soft Currency

    Mata wang yang nilainya mudah dipengaruhi nilai mata wang lain kerana keadaan imbangannya tidak stabil atau defisit seperti Ringgit Malaysia, Rupiah Indonesia, dan sebagainya.

  • Spread

    Perselisihan antara harga jual(bid) dan harga beli (ask) yang dipamerkan pada platform trading forex.

  • Support

    Level psikologi tertentu yang berada di bawah harga semasa dan biasanya berdasarkan level harga terendah sebelumnya. Dalam pergerakan harga seterusnya, pedagang menjangkakan kenaikan dan akan membeli suatu pasangan mata wang apabila mencapai level tersebut.

  • Swap

    Perselisihan kadar faedah yang berlaku di pada negara yang mata wangnya diperdagangkan di pasaran forex. Swap hanya diterima trader jika terdapat posisi melebihi tengah malam waktu broker dan akan ditentukan berdasarkan posisi yang dibuka oleh trader termasuk Long Position atau Short Position.

  • Swing Trading

    Strategi trading sama ada Buy atau Sell pada lantunan harga sehingga mendapat keuntungan yang optima apabila harga bergerak ke arah tertentu.

  • Tahun Fiskal

    Tempoh dokumen anggaran perbelanjaan dan pendapatan negara atau syarikat yang biasanya di buat setiap tahun.

  • Take Profit

    Jumlah keuntungan yang diinginkan apabila seorang pedagang membuka suatu posisi trading pada platform. Jika posisi yang dibuka terkena batasan tersebut, maka posisi trading akan tertutup secara automatik dalam keadaan profit.

  • Taper Tantrum

    Pasaran menjadi panik disebabkan respon mengenai Tapering yang memberi kesan pada lonjakan yield bon kerajaan. Contohnya, apabila Federal Reserve merancang untuk melakukan Tapering pada tahun 2013, ramai pelabur menarik dananya daripada pasaran bon sehingga yield bon melonjak secara drastik. Namun, apabila pasaran menyedari tidak ada alasan untuk panik, harga yield perlahan kembali normal.

  • Tapering

    Dasar bank pusat yang ditujukan untuk mengurangi aktiviti monetarinya, dan menandakan berlakunya pelonggaran dasar monetari untuk menjadi pengetatan monetari dalam jangka panjang.

  • Tarif

    Tarif adalah sejenis cukai yang dikenakan untuk menyekat import dengan meningkatkan harga barangan dan perkhidmatan yang dibeli dari negara lain, menjadikannya kurang tarikan kepada pengguna domestik.

    Kerajaan mengenakan tarif atau sejenis cukai untuk menaikkan pendapatan serta melindungi industri dalam negeri. Tarif biasanya dihubungkan dengan dasar fahaman perlindungan, suatu polisi ekonomi untuk mengawal perdagangan antara negara-negara.

    Antara kesan sampingan yang tidak diingini adalah harga pengguna akan menjadi lebih tinggi.

  • Trade Balance

    Imbangan Perdagangan merupakan data ekonomi yang merangkumi perselisihan antara jumlah eksport dan import suatu negara.

  • Trailing Stop

    Sistem penutupan order dalam trading forex yang bersifat berubah-ubah. Berbeza dengan Stop Loss biasa, Trailing Stop akan bergerak mengikuti pergerakan harga dengan jarak pips yang telah kita tentukan.

  • Trendline

    Garis lurus yang menghubungkan titik-titik level terendah(bottom) yang menaik secara berurutan pada keadaan bullish, atau titik-titik level tertinggi(top) yang turun secara berurutan pada keadaan bearish.

  • Uptrend

    Istilah yang menunjukkan trend harga menaik atau bullish.

  • USD

    Singkatan daripada United States Dollar iaitu mata wang Dolar Amerika Syarikat. USD juga sering disebut sebagai Greenback.

  • Volatile

    Pergerakan naik turun harga suatu aset seperti saham dan nilai tukaran mata wang.

  • White Label

    Suatu syarikat yang ingin menarik trader untuk bergabung dengan suatu broker tertentu tetapi atas nama mereka sendiri yang boleh jadi berbeza dengan broker asalnya.

  • XAG

    Simbol yang melambangkan komoditi perak. X diambil daripada simbol metal, sementara AG melambangkan kata "Argentum" yang bererti perak dalam bahasa latin. Berdasarkan standard ISO 4217, XAG sudah dipatenkan sebagai simbol komoditi yang mewakili 1 troy ons perak.

    Dalam istilah perdagangan kewangan, XAG sering dipasangkan dengan USD (XAG//USD) untuk menetukan nilai tukaran perak per 1 troy ons terhadap mata wang Dolar A.S. Nilai tukaran ini seringkali dijadikan sebagai tolak ukur harga komoditi perak dalam perdagangan dunia.

  • XAU

    Simbol yang mewakili komoditi emas. X merupakan simbol metal secara umum, sementara AU diambil daripada perkataan "Aurum" yang bererti emas dalam bahasa latin. Istilah XAU sudah dipatenkan oleh ISO 4217 sebagai simbol yang mewakili 1 troy ons emas.

    XAU kerap dipasangkan dengan USD menjadi XAU/USD untuk mengukur nilai tukaran 1 troy ons emas terhadap mata wang Dolar A.S. Nilai XAU/USD sering dijadikan tolak ukur untuk menilai perubahan harga emas dalam perdagangan global.

  • Xenocurrency

    Mata wang sekular atau digunakan dalam transaksi di luar negara asalnya. Contohnya, Rupee India digunakan dalam transaksi jual beli di Amerika Syarikat, atau Yen Jepun yang digunakan sebagai mata wang deposit di bank Eropah.

  • Year Over Year (YoY)

    Tempoh pengukuran data yang membandingkan data tahun ini dengan tahun sebelumnya (tahunan). Contohnya, apabila inflasi meningkat daripada 1.2% kepada 1.5% secara YoY, maka terdapat pertumbuhan sebanyak 0.3% pada tahun ini daripada tahun sebelumnya.

  • Yield

    Keuntungan hasil dalam bentuk bunga. Yield ditunjukkan dalam bentuk peratus, ketika suatu aset pelaburan memiliki Yield sebanyak 5%, ia bermaksud bunga yang dihasilkan daripada aset tersebut adalah sebanyak 5% dan diukur daripada jumlah pelaburan terhadap aset tersebut, nilai terkini, atau nilai nominal dari aset tersebut.

  • Yield Curve

    Lengkungan keuntungan hasil yang mencerminkan perselisihan antara bunga bon berjangka pendek dan panjang. Salah satu contoh paling terkenal dalam penggunaan istilah ini adalah Yield Curve untuk bon Perbendaharaan A.S yang membandingkan pergerakan grafik keuntungan hasil bon dalam tempoh 3 bulan (jangka pendek) dan 10 tahun (jangka panjang).

    Jika Yield Curve untuk bon A.S tersebut menunjukkan keadaan Inverted, dimana garis bon jangka pendek berada di atas bon jangka panjang, hal ini sering dijadikan sebagai petanda kemesorotan pada ekonomi A.S.

  • Yield Curve Control

    Salah satu peringkat dasar monetari yang baru diperkenalkan oleh Bank of Japan(BoJ) pada akhir tahun 2016. Secara am, Yield Curve Control adalah usaha BoJ untuk mengendalikan kecerunan Yield Curve melalui pengiraan program pembelian bon agar dapat menentukan jumlah pembelian bon jangka pendek atau bon jangka panjang. Yield Curve Control merupakan salah satu bentuk dasar pelonggaran dari bank pusat.

  • ZAR

    Mata wang daripada Afrika Selatan dan singkatan daripada Zuid Afrikaanse Rand. Mata wang ini menggantikan Pound Afrika Selatan dan diperkenalkan pada tahun 1961, 3 bulan sebelum Union of South Africa berubah menjadi Republic of South Africa. Setiap satu ZAR terdiri daripada 100 sen, dengan pecahan yang terdiri dari R10, R20, R50, R100, dan R200.

  • Zero Spread

    Polisi broker forex yang menerapkan spread serendah daripada 0 pips. Keringanan ini biasanya diterapkan pada akaun ECN atau akaun-akaun tertentu yang menggunajan Market Execution. Sebagai ganti, broker akan mengenakan komisen trading yang dikira daripada ukuran trading.

  • ZEW

    Sentimen Ekonomi yang diterbitkan oleh Zentrum für Europäische Wirtschaftsforschung untuk mengukur sentimen pelabur institusi. Secara umumnya, pandangan optimis dianggap sebagai positif (menaik) untuk EUR, sementara pandangan pesimis dianggap sebagai negatif (menurun).

  • Zig Zag

    Salah satu jenis indicator teknikal yang dipasang pada carta trading untuk menganalisa pergerakan harga. Secara garis besar, indikator Zig Zag memiliki pengiraan dan fungsi yang sama seperti Parabolic SAR. Indikator ini tidak hanya dimanfaatkan untuk mengesan perubahan trend tetapi ia boleh mengesan gelombang harga untuk mengira pergerakan seterusnya.

  • Paling Popular