Home Artikel Market News Pra-Tinjau Kadar Inflasi (CPI) A.S Untuk Bulan Jun

Pra-Tinjau Kadar Inflasi (CPI) A.S Untuk Bulan Jun

89
0

Mengenai CPI A.S

Kadar Inflasi (CPI) yang dikeluarkan oleh Biro Statistik Buruh A.S adalah ukuran pergerakan harga dengan perbandingan antara harga runcit barangan dan perkhidmatan. Kekuatan pembelian USD diseret oleh inflasi.

CPI adalah petunjuk utama untuk mengukur inflasi dan perubahan tren pembelian. Secara umum, bacaan yang tinggi dilihat positif atau bullish untuk USD, sementara bacaan yang rendah dilihat sebagai negatif atau Bearish.

Apa Jangkaan CPI Pada Kali Ini?

Kadar inflasi A.S untuk bulan Jun akan diterbitkan pada hari ini jam 8.30pm (waktu Malaysia).

Selepas penurunan sederhana 0.1% pada bulan Mei, Kadar inflasi utama dijangka melonjak 0.5% secara bulanan pada bulan Jun. Sementara itu, Kadar inflasi teras dijangka meningkat 0.1% pada bulan Jun.

Ikuti perkembangan berita, informasi dan tips di channel telegram kami: https://t.me/Monsun_Asia