Home Artikel Market News Dow Naik 100 Mata Pada Pra-Pembukaan Perdagangan Ekoran Optimisme Vaksin

Dow Naik 100 Mata Pada Pra-Pembukaan Perdagangan Ekoran Optimisme Vaksin

103
0

Pasaran saham utama di Wall Street naik lebih tinggi pada sesi pra-pembukaan perdagangan pada hari Selasa, selepas terdapat laporan mengatakan bahawa Amerika Syarikat sedang bersiap sedia untuk memulakan pengeluaran vaksin COVID-19 sebelum akhir musim panas.

Sementara itu, Pemimpin Majoriti Senat, Mitch McConnell mengatakan Kongres akan membincangkan rang undang-undang bantuan baru minggu depan.

Walau bagaimanapun, ketegangan dengan China tetap tinggi apabila Beijing mengancam akan mengenakan sekatan kepada Lockheed Martin dan menuduh Amerika Syarikat cuba menimbulkan konflik di Laut China Selatan.

Niaga hadapan Dow meningkat 100 mata atau 0.38%, Nasdaq 100 naik 0.44%, dan S&P 500 melonjak 0.37% pada jam 4.22pm (waktu Malaysia).

Ikuti perkembangan berita, informasi dan tips di channel telegram kami: https://t.me/Monsun_Asia