Home Artikel Market News Dolar Melonjak Ekoran Kenaikan Kes COVID-19 Di A.S

Dolar Melonjak Ekoran Kenaikan Kes COVID-19 Di A.S

174
0

Dolar melonjak pada awal sesi perdagangan Asia apabila para pelabur beralih kepada aset safe-haven seperti dolar AS kerana Amerika Syarikat melaporkan lebih daripada 60,000 kes jangkitan COVID-19 pada hari Khamis, yang membebani harapan pemulihan ekonomi.

Menurut laporan daripada Universiti John Hopkins, jumlah kes jangkitan COVID-19 di seluruh dunia telah melebihi 12.2 juta, dan Amerika Syarikat menyumbang lebih daripada 3.1 juta kes daripada jumlah keseluruhan kes global. Sementara itu, jumlah keseluruhan kematian global mencapai 550,000 setakat ini. Beberapa negeri di A.S termasuk Florida, Texas dan California melaporkan sejumlah kes baru pada hari Khamis.

Hal lain yang memberi sokongan kepada kenaikan dolar adalah keputusan Mahkamah Agung A.S pada hari Khamis yang membenarkan pendakwa menyiasat rekod kewangan Presiden A.S, Donald Trump. Keputusan itu akan memberi tamparan kepada Trump dalam pilihan raya pada November ini.

Indeks Dolar AS meningkat sebanyak 0.13% kepada 96.802. USD/JPY turun 0.17% kepada 107.0. Sementara mata wang Antipodean menyusut daripada hari sebelumnya, dengan pasangan AUD/USD turun 0.22% kepada 0.5695 dan pasangan NZD/USD jatuh 0.10% kepada 0.6560.

Ikuti perkembangan berita, informasi dan tips di channel telegram kami: https://t.me/Monsun_Asia