Home Artikel Informations & Inspirations Aset Aliran selamat (Safe-haven Flow)

Aset Aliran selamat (Safe-haven Flow)

132
0

Apa itu Aset Aliran Selamat?

Safe-haven flow adalah pelaburan yang diharapkan dapat mengekalkan atau meningkatkan nilai semasa berlaku pergolakan atau ketidaktentuan dalam pasaran. Safe-haven flow mendapat perhatian para pelabur untuk mengehadkan pendedahan mereka terhadap kerugian sekiranya berlaku kejatuhan pasaran.

Memahami Aset Aliran Selamat

Pelaburan dalam safe-haven flow telah mempelbagaikan portfolio para pelabur dan memberi manfaat pada masa berlakunya turun naik dalam pasaran. Selalunya, ketika pasaran naik atau turun dan ia adalah untuk jangka waktu yang pendek. Namun, ada kalanya berterusan pada jangka waktu yang panjang seperti semasa kemelesetan ekonomi yang mengakibatkan kejatuhan pasaran yang berpanjangan. Ketika pasaran sedang dalam pergolakan, kebanyakan nilai pasaran dalam pelaburan juga jatuh dengan ketara.

Walaupun peristiwa di pasaran tidak dapat dielakkan, sebilangan para pelabur ingin membeli aset aliran selamat yang tidak berkorelasi atau berkorelasi negatif dengan pasaran umum pada masa yang tertekan. Meskipun kebanyakan nilai aset jatuh, aset aliran selamat sama ada akan mengekalkan atau menambah nilainya.

Contoh Aset Aliran Selamat

Terdapat sebilangan sekuriti pelaburan yang dianggap sebagai aset aliran selamat. Sebahagian daripada mereka juga merangkumi:

Emas

Selama bertahun-tahun, emas dianggap sebagai simpanan nilai. Sebagai komoditi fizikal, ia tidak dapat dicetak seperti wang dan nilainya tidak dipengaruhi oleh keputusan kadar faedah yang dibuat oleh Pemerintah. Hal ini kerana emas dapat mengekalkan nilainya dari masa ke masa, ia berfungsi sebagai bentuk insurans terhadap peristiwa ekonomi yang merosot. Apabila berlakunya kejadian buruk yang berlanjutan untuk sementara waktu, pelabur lebib cenderung mengumpulkan dana mereka menjadi emas yang menaikkan harganya kerana permintaan meningkat. Juga, apabila terdapat ancaman inflasi, nilai emas meningkat kerana harganya dalam Dolar A.S. atau komoditi lain seperti perak, tembaga, gula, jagung dan ternakan, adalah berkorelasi secara bertentangan dengan saham dan bon serta berfungsi sebagai tempat selamat bagi para pelabur.

Bil Perbendaharaan (T-bill)

Sekuriti hutang ini disokong oleh kepercayaan penuh dan kredit kerajaan AS. Oleh itu, ia dianggap sebagai tempat selamat walaupun dalam keadaan ekonomi yang huru-hara. T-bill dianggap bebas risiko kerana setiap pelaburan yang dilaburkan dibayar oleh pemerintah ketika bill tersebut sudah berada dalam tempoh matang. Oleh itu, pelabur cenderung menggunakan sekuriti ini semasa keadaan ekonomi yang huru-hara.

Saham pertahanan

Contoh saham pertahanan termasuk syarikat utiliti, penjagaan kesihatan, bioteknologi dan barangan pengguna. Tidak kira keadaan pasaran baik atau buruk, pengguna masih akan membeli makanan, produk kesihatan dan barangan keperluan rumah. Oleh itu, syarikat-syarikat yang beroperasi di sektor pertahanan biasanya akan mengekalkan nilai mereka pada masa ini kerana pelabur meningkatkan permintaan mereka untuk saham tersebut.

Wang Tunai

Boleh dikatakan wang tunai dianggap satu-satunya tempat selamat yang betul semasa berlakunya tempoh penurunan dalam pasaran. Walau bagaimanapun, wang tunai tidak memberikan pulangan atau hasil yang nyata, dan dipengaruhi oleh inflasi.

Jenis Mata Wang Untuk Aset Aliran Selamat

Beberapa mata wang dianggap sebagai aset aliran selamat berbanding yang lain. Dalam pasaran yang tidak menentu, pelabur dan pedagang mata wang boleh menukar pegangan wang tunai kepada mata wang yang aliran selamat untuk perlindungan.

Franc Swiss dianggap sebagai mata wang safe haven. Memandangkan kestabilan kerajaan Swiss dan sistem kewangannya. Franc Swiss biasanya menghadapi tekanan kenaikan yang kuat yang berpunca dari peningkatan permintaan asing. Switzerland mempunyai industri perbankan yang besar, selamat dan stabil serta pasaran modal turun naik adalah rendah.

Sehinggakan hampir tiada kadar pengangguran, taraf hidup yang tinggi dan angka keseimbangan perdagangan yang positif. Kemerdekaan negara dari Kesatuan Eropah juga menjadikannya kebal terhadap sebarang peristiwa politik dan ekonomi negatif yang berlaku di rantau ini. Secara kebetulan, Switzerland juga merupakan syurga cukai bagi orang kaya yang memanfaatkan ciri perbankan keselamatan tinggi dan tanpa nama negara untuk mengelakkan cukai serta menyembunyikan dana yang tidak betul atau tidak sah.

Selain itu, mata wang Yen Jepun dan Dolar A.S. juga dianggap sebagai aset aliran selamat. Selalunya Dolar A.S. adalah tempat perlindungan bagi syarikat yang menghadapi sebarang ketidaktentuan untuk mata wang domestik kerana fakta bahawa ia adalah mata wang rizab dunia dan merupakan nilai yang banyak digunakan untuk urusan perniagaan di peringkat antarabangsa.

Ringkasnya

Aset yang disenaraikan di atas tidak menjamin mengekalkan nilainya semasa tempoh turun naik pasaran. Tambahan pula, apa yang menjadi terhadap aset aliran selamat berubah dari masa ke masa. Sebagai contoh, jika keseluruhan sektor ekonomi berprestasi buruk tetapi satu syarikat dalam sektor itu berprestasi baik, sahamnya boleh dianggap sebagai tempat selamat.

Pelabur harus membuat pilihan dengan bijak ketika ingin melabur di tempat selamat kerana aset yang dianggap sebagai tempat selamat dalam kemerosotan mungkin tidak semestinya menjadi pelaburan yang baik ketika pasaran saham meningkat.