Home Artikel Market News Data Ekonomi Tumpuan Untuk Minggu 6-10 Julai 2020

Data Ekonomi Tumpuan Untuk Minggu 6-10 Julai 2020

195
0

Untuk minggu ini, sekali lagi kes Coronavirus akan terus mendominasi berita utama pasaran ekoran para pelabur bimbang bahawa gelombang jangkitan kedua dapat menunda pelonggaran sekatan di beberapa negara.

Di tempat lain, perunding tertinggi dari EU dan UK akan bertemu untuk membincangkan perihal Brexit sementara menteri kewangan Eropah bersedia untuk membahaskan berkenaan bajet benua itu.

Menyentuh berkenaan data ekonomi, data penting yang perlu diikuti antaranya adalah PMI tidak termasuk perkilangan oleh ISM di A.S., inflasi China.

Mesyuarat Reserve Bank Australia satu-satunya mesyuarat bank pusat yang ada pada minggu ini.

=====
Di bawah adalah data-data ekonomi utama yang akan diterbitkan pada minggu hadapan beserta jangkaan daripada Monsun Asia.
=====

Julai 2020 – Isnin

1) Jualan Runcit Zon Eropah Untuk Mei (17:00 Waktu Malaysia) — Jangkaan positif — Kenaikan ketara dalam jualan runcit Jerman.

2) Tinjauan PMI Tidak Termasuk Perkilangan A.S. Untuk Jun (22:00 Waktu Malaysia) — Jangkaan positif — Pembukaan semula ekonomi akan memberi kelebihan dalam data ini.

7 Julai 2020 – Selasa

1) Indeks Prestasi Perkhidmatan AIG Untuk Jun (6:30 Waktu Malaysia) — Jangkaan positif — Tinjauan PMI perkilangan Australia mengukuh.

2) Penetapan Dasar Monetari RBA (12:30 Waktu Malaysia) — Tiada jangkaan untuk keputusan bank pusat.

3) Tinjauan IVEY PMI Kanada Untuk Jun (22:00 Waktu Malaysia) — Jangkaan positif — jangkaan pemulihan dalam tinjauan ini ekoran pembukaan semula ekonomi.

8 Julai 2020 – Rabu

1) Tiada data ekonomi utama hari ini.

9 Julai 2020 – Khamis

1) Imbangan Dagangan Jerman Untuk Mei (14:00 Waktu Malaysia) — Jangkaan positif — Ada pemulihan dalam PMI Jerman.

10 Julai 2020 – Jumaat

1) Data Pekerjaan Kanada Untuk Jun (20:30 Waktu Malaysia) — Akan dikemaskini selepas tinjauan IVEY PMI Kanada.

2) Indeks Harga Pengeluar A.S. Untuk Jun (20:30 Waktu Malaysia) — Jangkaan positif — Kenaikan harga minyak global boleh memberi impak yang baik.

=====
⚠️ Peringatan: Pastikan anda guna jangkaan data ini untuk mengurus dagangan anda yang sedang berjalan. Bukan untuk masuk trade sewaktu news keluar.
=====

Nak signal yang berasaskan gabungan analisis fundamental + sentimen + intermarket + teknikal? Join channel telegram ini ▶️▶️ Klik sini