Home Artikel Market News China Akan Bertindak Balas Sekiranya UK Mengubah Sistem Kewarganegaraan Hong Kong

China Akan Bertindak Balas Sekiranya UK Mengubah Sistem Kewarganegaraan Hong Kong

106
0

Kedutaan Besar China di London berkata bahawa China akan bertindak balas sekiranya Britain meneruskan rancangannya untuk menawarkan lebih banyak keistimewaan kepada warga Hong Kong dengan pasport British National Overseas (BNO).

“Pihak Britain menyatakan bahawa ia tidak akan memberikan hak tempat tinggal kepada warganegara China di Hong Kong yang memiliki pasport BNO,” kata seorang jurucakap kedutaan dan mendakwa tindakan tersebut akan melanggar undang-undang antarabangsa. “Kami dengan tegas menentang ini dan berhak untuk mengambil tindakan yang sesuai,” tambah jurucakap itu dan mendesak London untuk tidak campur tangan dalam urusan Hong Kong.

Pada hari Rabu, Perdana Menteri UK, Boris Johnson mengatakan bahawa UK merancang untuk memperkenalkan laluan baru untuk kewarganegaraan Britain bagi penduduk Hong Kong dengan pasport BNO sebagai tindak balas terhadap undang-undang keselamatan nasional China yang kontroversial di Hong Kong, yang beliau anggap sebagai pelanggaran jelas dan serius terhadap Deklarasi Bersama China-Britain.

Ikuti perkembangan berita, informasi dan tips di channel telegram kami: https://t.me/Monsun_Asia