Home Artikel Informations & Inspirations APA YANG DIDAGANGKAN?

APA YANG DIDAGANGKAN?

139
2

Perdagangan Forex adalah pembelian serentak satu matawang dan penjualan matawang yang lain atau membeli dan menjual matawang dari satu negara terhadap wang dari
negara lain. Matawang didagangkan melalui bank, broker atau peniaga, dan didagangkan secara berpasangan.

Sebagai contoh, Euro dan Dolar US (EUR/USD) atau Dolar US dan Yen Jepun (USD/JPY).

Dagangan Forex boleh mengelirukan kerana anda tidak membeli apa-apa secara fizikal. Apabila anda membeli matawang, cuba fikirkanya seolah-olah anda membeli bahagian dalam sesuatu yang tertentu dalam negara.

Contohnya, apabila anda membeli Dollar US, anda sebenarnya sedang membeli bahagian dalam ekonomi US. Hal ini kerana harga matawang merupakan gambaran secara langsung daripada pasaran mengenai isu semasa dan masa depan ekonomi Amerika Syarikat.

Oleh itu, pertukaran kadar matawang yang diberikan berbanding matawang lain adalah mencerminkan keadaan keseluruhan ekonomi negara itu, berbanding ekonomi negara-negara lain.

Antara matawang utama yang didagangkan ialah:

◀️ Topik sebelumya: SEJARAH FOREX

▶️ Topik seterusnya: JENIS-JENIS PASANGAN MATAWANG