Home Artikel Berita Pasaran Pra-Tinjau Bacaan Awal Harga Pengguna (CPI) Zon Eropah

Pra-Tinjau Bacaan Awal Harga Pengguna (CPI) Zon Eropah

70
0

Mengenai Harga Pengguna Zon Eropah

Inflasi harga pengguna (CPI) zon Eropah dikeluarkan oleh Eurostat untuk mengesan perubahan dalam harga barang dan perkhidmatan. CPI adalah cara yang signifikan untuk mengukur perubahan tren pembelian dan inflasi di Zon Eropah.

Secara amnya, bacaan yang tinggi menjangkakan sikap hawkish yang positif atau bullish untuk EUR, sementara bacaan yang rendah dilihat sebagai negatif atau bearish.

Apa Jangkaan CPI Zon Eropah Pada Kali Ini?

Eurostat akan menerbitkan bacaan awal angka inflasi zon Eropah untuk bulan Jun pada hari ini jam 5pm (waktu Malaysia).

Secara tahunan, CPI utama dijangka kekal pada 0.1%, sementara inflasi teras dijangka sedikit lebih rendah pada 0.8% pada bulan yang dilaporkan.