Home Artikel Berita Pasaran GBP/USD Menyusut Pada Sesi Eropah

GBP/USD Menyusut Pada Sesi Eropah

187
0

GBP/USD menyusut lebih daripada 50 pips daripada paras tertinggi harian dan turun sekitar 1.2300, kembali ke paras terendah julat perdagangan dalam sehari.

Setelah menemui sokongan di paras 1.2300, pasangan ini telah melakukan pergerakan pemulihan yang baik pada hari pertama minggu perdagangan baru. Peningkatan ini didorong oleh beberapa penjualan dolar yang baru.

Walau bagaimanapun, kebimbangan yang semakin meningkat mengenai lonjakan kes koronavirus baru di seluruh dunia memberi sokongan kepada status safe-haven dolar AS. Tambahan pula, peningkatan hasil bon Perbendaharaan AS membantu menghidupkan semula permintaan USD.

Hal ini berlaku di tengah ketidakpastian mengenai Brexit yang berterusan dan membatasi kenaikan GBP/USD, dan mendorong beberapa penjualan di paras 1.2390.

Fokus utama pada hari Isnin adalah pada penyambungan semula rundingan perjanjian perdangan UK-EU selepas Brexit.