Home Artikel Umum & Global Penantian Selama 30 Tahun Berakhir! Liverpool Dinobatkan Sebagai Juara

Penantian Selama 30 Tahun Berakhir! Liverpool Dinobatkan Sebagai Juara

1978
0

Liverpool Football Club (LFC) mendapat gelaran domestik pertama dalam tempoh 30 tahun selepas Manchester City tewas kepada Chelsea pada hari Khamis dan membolehkan kelab Merseyside untuk menjadi juara Inggeris baru.

Gelaran pertama The Reds sejak 1990 disahkan pada hari Khamis, setelah pasukan Pep Guardiola gagal untuk meraih kemenangan di Stamford Bridge.

Dengan perbezaan sebanyak 23 mata antara Liverpool dan Manchester City dengan berbaki 7 perlawanan, LFC secara automatik mengesahkan tempatnya untuk bergelar juara Premier League untuk edisi kali ini.

Liverpool telah memenangi 28 perlawanan, hanya kalah satu kali dan seri dua kali dan memerlukan 11 mata untuk memecahkan rekod mata satu musim Liga Perdana yang dicatatkan oleh Manchester City musim lalu.

Tahniah Liverpool! 🏆