Home Artikel Informations & Inspirations APA ITU FOREX & KENAPA SESUAI UNTUK SEMUA ORANG?

APA ITU FOREX & KENAPA SESUAI UNTUK SEMUA ORANG?

113
1

Forex (Foreign Exchange) adalah pasaran pertukaran matawang asing yang paling pesat berkembang di dunia. Secara tradisinya, ia adalah platform di mana kerajaan, perniagaan, pelabur, pelancong, dan pihak-pihak lain yang berminat menukar matawang antara satu sama lain. Ada penjual dan ada pembeli. Pasaran pertukaran matawang asing ini berlaku secara over the counter (OTC), yang bermaksud tiada pusat pertukaran, tiada bursa. Pedagang-pedagang matawang dihubungkan antara satu sama lain tidak kira masa melalui telefon, faks dan computer.

Dalam tempoh 2 dekad yang lalu, pasaran forex telah dibuka kepada pedagang runcit secara individu dan ini telah meletupkan populariti pasaran forex seluruh dunia. Pada tahun 2019, Bank of International Settlements (BIS) melaporkan sebanyak USD6.6 trilion sehari.

Ada beberapa faktor yang menyebabkan dagangan forex adalah sesuai untuk semua orang. Antaranya adalah:

🎯 Tiada yuran dikenakan sama ada yuran penjelasan, yuran pertukaran, yuran pekerjaan dan yuran broker.

🎯 Kos transaksi yang rendah. Terdapat banyak broker yang menawarkan perbezaan nilai spread antara bid dan ask yang rendah.

🎯 Pasaran yang aktif 24 jam yang membolehkan anda berdagang selepas habis waktu kerja.

🎯 Leverage yang dapat membantu anda berdagang lebih besar daripada modal asal. Tetapi tanpa pengurusan risiko yang baik, leverage yang tinggi boleh menyebabkan kerugian besar dalam dagangan.

🎯 Akhir sekali, sumber pembelajaran amat mudah diperolehi sama ada percuma ataupun berbayar.

▶️ Topik seterusnya: SEJARAH FOREX.