Home Artikel Market News Data Ekonomi Tumpuan Untuk Minggu 18-22 Mei 2020

Data Ekonomi Tumpuan Untuk Minggu 18-22 Mei 2020

520
0

Antara data yang paling meriah pada minggu depan adalah data daripada United Kingdom dengan risiko peralihan Brexit. Semestinya, matawang GBP akan mengalami pergerakan harga turun naik yang agak tinggi.

=====
Berikut merupakan data ekonomi tumpuan beserta jangkaan daripada kami:
=====

18/5/2020Isnin

1) Indeks Prestasi Perkhidmatan NZ Untuk April (6:30 Waktu Malaysia) – Jangkaan negatif – Nada RBNZ yang dovish.

2) KDNK Jepun Untuk Q1 (7:50 Waktu Malaysia) – Jangkaan negatif – Pertumbuhan ekonomi Jepun dijangka lemah berikutan COVID-19.

19/5/2020Selasa

1) Indeks Harga Pengeluar NZ Untuk Q1 (6:45 Waktu Malaysia) – Jangkaan positif – Kenaikan dalam indeks harga pengguna.

2) Minit Mesyuarat RBA (9:30 Waktu Malaysia) – Tiada jangkaan untuk Minit Mesyuarat Bank Pusat.

3) Set Data Pekerjaan UK Untuk April (16:30 Waktu Malaysia) – Jangkaan negatif – Komponen pekerjaan dalam tinjauan PMI di UK melemah.

4) Sentimen Ekonomi ZEW Untuk Mei (17:00 Waktu Malaysia) – Jangkaan negatif – COVID-19 boleh menjejaskan data ini.

5) Permit Pembangunan A.S Untuk Mei (20:30 Waktu Malaysia) – Jangkaan negatif – Penutupan di semua aktiviti ekonomi akan menekan sektor pembangunan.

20/5/2020Rabu

1) Indeks Harga Pengguna UK Untuk April (14:00 Waktu Malaysia) – Jangkaan negatif – Harga input dalam sektor perkhidmatan dan perkilangan menyusut.

2) Indeks Harga Pengguna Zon Eropah Untuk April (17:00 Waktu Malaysia) – Tiada jangkaan untuk bacaan akhir.

3) Indeks Harga Pengguna Kanada Untuk April (20:30 Waktu Malaysia) – Jangkaan negatif – Kejatuhan ketara dalam komponen harga di tinjauan IVEY PMI.

21/5/2020Khamis

1) Minit Mesyuarat FOMC Untuk April (2:00 Waktu Malaysia) – Tiada jangkaan untuk Minit Mesyuarat Bank Pusat.

2) Tinjauan PMI Australia Untuk Mei (7:00 Waktu Malaysia) – Tiada jangkaan untuk tinjauan PMI.

3) Tinjauan PMI UK Untuk Mei (16:00 Waktu Malaysia) – Jangkaan negatif – PMI kemungkinan lemah pada Mei akibat Koronavirus.

4) Tinjauan PMI A.S Untuk Mei (21:45 Waktu Malaysia) – Tiada jangkaan untuk data ini.

22/5/2020Jumaat

1) Jualan Runcit NZ Untuk Q1 (6:45 Waktu Malaysia) – Jangkaan negatif – Nada dovish daripada RBNZ cenderung melemahkan perbelanjaan pengguna.

2) Jualan Runcit di UK Untuk April (14:00 Waktu Malaysia) – Jangkaan negatif – Jangkaan kejatuhan ketara dalam sektor runcit untuk April.

3) Tinjauan PMI Zon Eropah Untuk Mei (16:00 Waktu Malaysia) – Tiada jangkaan untuk data ini.

4) Jualan Runcit Kanada Untuk Mac (20:30 Waktu Malaysia) – Jangkaan negatif – Jualan runcit dijangka melemah dengan signifikan pada Mac.

Peringatan: Pastikan anda gunakan jangkaan data ini untuk mengurus dagangan anda yang sedang berjalan. Bukan untuk masuk trade sewaktu news keluar.

Ikuti channel telegram kami di: https://t.me/Monsun_Asia