Home Artikel Market News Ini Sebab Kenapa Bacaan NFP Kali Ini Dijangka Melemah Dengan Signifikan

Ini Sebab Kenapa Bacaan NFP Kali Ini Dijangka Melemah Dengan Signifikan

533
0

Antara data ekonomi yang menjadi kegemaran ramai trader iaitu laporan pekerjaan Amerika Syarikat ataupun dikenali sebagai NFP akan diterbitkan pada jam 8:30 malam waktu Malaysia hari ini.

Laporan kali ini diramalkan paling buruk dalam sejarah dengan beberapa ahli ekonomi percaya bahawa lebih daripada 21 juta pekerjaan hilang pada April dan kadar pengangguran diunjurkan meningkat 16%.

Kali terakhir kadar pengangguran dalam angka 2 digit adalah pada November 1982, selepas perang dunia kedua.

Ke semua data-data yang mempengaruhi data ini menunjukkan kejatuhan terutamanya dalam komponen pekerjaan. Antaranya adalah:

  • Komponen pekerjaan dalam tinjauan ISM tidak termasuk perkilangan jatuh ke tahap terendah.
  • Komponen pekerjaan dalam tinjauan perkilangan ISM jatuh ke paras terendah 71 tahun.
  • Pekerjaan di sektor swasta Amerika Syarikat menurun sebanyak 20,236,000 pada April.
  • Challenger melaporkan pemotongan pekerjaan yang meningkat.
  • Tuntutan pengangguran selama 4 minggu pada 4.1 juta, meningkat daripada 2.6 juta.
  • Tuntutan pengangguran sejak Covid-19 melonjak melebihi 20 juta.

Pasangan matawang yang mana berpotensi untuk gerak paling banyak?

Setakat jam 8 malam ini, sentimen pasaran global menunjukkan keadaan pasaran berada dalam suasana stabil. Keadaan ini biasanya menyokong matawang yang mempunyai pulangan tinggi seperti AUD & NZD manakala matawang bersifat safe-haven seperti Yen & CHF cenderung melemah.

Sekiranya laporan pekerjaan Amerika Syarikat hadir baik secara keseluruhan, kita akan menyaksikan kekuatan matawang USD berbanding JPY & CHF.

Sebaliknya jika laporan merekodkan penurunan, USD bakal merosot berbanding AUD & NZD.

Ikuti telegram kami di: https://t.me/Monsun_Asia