Home Artikel Market News Kes Jangkitan Baru Di Korea Selatan Meningkat Sebanyak 39

Kes Jangkitan Baru Di Korea Selatan Meningkat Sebanyak 39

80
0

Pada hari Khamis, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDC) mengesahkan 39 kes baru COVID-19 telah didaftarkan di Korea Selatan dalam tempoh 24 jam yang lalu, menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan di negara itu mencapai 10,423. Jumlah itu menandakan kenaikan harian paling rendah dalam kes jangkitan sejak hujung Februari.

Jumlah kematian akibat koronavirus meningkat sebanyak 4 daripada hari sebelumnya, menjadikan jumlah keseluruhan kematian kepada 204.

Sementara itu, 197 orang telah dibebaskan dari hospital di seluruh negara pada tempoh yang sama selepas pulih sepenuhnya, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang pulih kepada 6,973.