Home Artikel Umum & Global Satu Individu Di China Disahkan Positif Hantavirus

Satu Individu Di China Disahkan Positif Hantavirus

1956
0

Seorang lelaki dari wilayah Yunan diuji positif hantavirus, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke wilayah Shandong untuk bekerja di dalam sebuah bas yang disewa pada hari Isnin. 32 individu lain di dalam bas juga diuji dan keputusannya masih belum diketahui.

Hantavirus adalah salah satu virus yang tersebar terutamanya oleh tikus dan boleh menyebabkan sindrom penyakit lain-lain pada orang di seluruh dunia.

Berita mengenai hantavirus tercetus di tengah-tengah pandemik koronavirus. Menurut maklumat terakhir, jumlah keskeseluruhan COVID-19 di China sebanyak 81,171, dengan 78 kes baru direkodkan dalam tempoh 24 jam terakhir. Jumlah kematian akibat COVID-19 di China mencapai 3,277.