Home Artikel Market News Sentimen Semasa Pasaran Setakat Ini 24/02/2020

Sentimen Semasa Pasaran Setakat Ini 24/02/2020

60
0

1) Koronavirus terus merebak dan menambah angka kematian. Presiden China, Xi Jinping telah memberi amaran ke atas wabak itu di perhimpunan Parti Komunis. Ucapannya telah mengubah mood pengambilan risiko pada minggu lalu kepada berhati-hati. Di kawasan perindustrian utara Itali telah disekat akibat penyebaran wabak COVID-19. Karnival Venice telah dibatalkan.

2) Sentimen risk-off: S&P futures, pasaran Asia, mata wang komoditi, dan minyak didagangkan lebih rendah pada hari Isnin. AUD/USD mencecah paras terendah baru untuk 1 dekad. Yen Jepun hanya bergerak sederhana, sementara harga emas telah menyambung keuntungan mencapai paras tertinggi $1,680. Dolar A.S pulih daripada kerugian pada hari Jumaat berbanding pasangannya EUR dan GBP.

3) Data A.S: Walaupun kebanyakan laporan A.S pada minggu lalu mengatasi jangkaan, namun Indeks Pengurus Pembelian Perkhidmatan awal Markit jatuh di bawah 50, sekali gus menjadi zon pengambilan keuntungan pada dolar A.S.

4) EUR/USD didagangkan sekitar 1.08 menjelang angka Iklim Perniagaan IFO Jerman untuk Februari dan dijangka jatuh sedikit daripada 95.9. Pilihanraya serantau di Hamburg telah memberi impak kepada Parti CDU Canselor Angela Merkel.

5) Brexit: Pakar ekonomi memberi amaran bahawa jika Britain menolak perjanjian yang berkaitan dengan Ireland Utara, ia boleh membahayakan perjanjian perdagangan AS-EU.

6) Arab Saudi menafikan berpisah dengan Rusia di tengah-tengah perselisihan mengenai pengeluaran minyak ekoran krisis koronavirus.