Home Artikel Market News Rekod Jualan Alibaba Di Atas $30.8 Bilion Pada “Single Day” Tahun Ini

Rekod Jualan Alibaba Di Atas $30.8 Bilion Pada “Single Day” Tahun Ini

45
0

Single Day atau lebih dikenali sebagai hari jualan 11.11 adalah hari membeli belah terbesar yang diraikan khususnya di Asia Timur seperti China, Korea Selatan dan Jepun.

Mengapa nama ini diberi? Angka 1 merujuk kepada orang yang masih tiada teman lelaki atau wanita atau yang masih bujang dan ianya berlaku pada tarikh 11 November setiap tahun.

Taikun e-commerce terbesar dunia iaitu Alibaba yang dimiliki oleh Jack Ma adalah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan jualan 11.11 ini. Pada tahun 2016, beliau telah merancang satu acara jualan yang bakal merubah sepenuhnya sejarah jualan dalam talian bagi melonjakkan kembali jualan syarikat e-commercenya. Tepat jam 12:00 tengah malam pada 11 November 2016, beliau telah melancarkan satu jualan online di laman e-commercenya, Tmall dengan diskaun hingga lebih 50%.

Menurut laporan daripada South China Morning, dalam beberapa jam sebelum hari ini tamat, Alibaba mencatatkan jualan lebih kurang $30.9 bilion sekaligus mengatasi $ 30.8 bilion yang dicapai tahun lepas dan dijangka akan terus mendaki.