Home Artikel Market News Pra Tinjau Laporan Pekerjaan Kanada

Pra Tinjau Laporan Pekerjaan Kanada

57
0

Pada hari ini, Pejabat Statistik Kanada akan menerbitkan laporan mengenai perubahan pekerjaan dan kadar pengangguran di Kanada pada jam 9.30pm waktu Malaysia. Data ini memberi kesan yang kuat terhadap mata wang CAD.

Apa Yang Berlaku Pada Laporan Lepas?

  • Perubahan pekerjaan pada bulan September meningkat 53.7 ribu berbanding 11.2 ribu pada jangkaan, dan 81.1 ribu pada bulan sebelumnya.
  • Kadar pengangguran pada bulan September menurun daripada 5.7% kepada 5.5%.

Apa Yang Pelabur Jangkakan Pada Laporan Kali Ini?

  • Perubahan Pekerjaan Pada Bulan Oktober Meningkat 15.3 ribu.
  • Kadar pengangguran tidak berubah pada 5.5%.

Tinjauan IVEY PMI untuk bulan yang sama diterbitkan lebih rendah daripada jangkaan, bacaannya menurun daripada 48.7 kepada 48.2, berbanding jangkaan pasaran untuk peningkatan kepada 49.3. Data ini mendedahkan bahawa komponen pekerjaan merupakan salah satu punca ia turun dan mencerminkan penguncupan.

Akhir sekali, perlu diingatkan bahawa BoC baru-baru ini telah beralih kepada sikap yang lebih dovish dan sebarang kekecewaan dalam angka data dapat meningkatkan lagi kebarangkalian penurunan kadar faedah di Kanada.