Home Artikel Market News Mark Carney: Pertumbuhan Global Paling Perlahan Sejak Akhir Tahun 2009

Mark Carney: Pertumbuhan Global Paling Perlahan Sejak Akhir Tahun 2009

54
0

Gabenor Bank of England berkata di sidang akhbar pada hari Khamis bahawa “gambaran besar” pertumbuhan ekonomi global telah “gelap.”

Perkembangan ekonomi telah “perlahan dengan ketara,” mencapai tahap terendah sejak akhir tahun 2009 disebabkan ketidaktentuan perdagangan dan penurunan perdagangan global yang bermula pada akhir 2018.

Di peringkat domestik, penangguhan Brexit terkini mencipta prospek pertumbuhan ekonomi UK untuk meningkat pada tahun 2020. Walaubagaimanapun, ketidakpastian yang berkaitan dengan penarikan diri dari Kesatuan Eropah menguasai sebagai faktor risiko.